Idea perniagaan: tanaman hidroponik jana pendapatan lumayan! / PM Dr. Nurzilah Zainal ... [et al.]

Zainal, Nurzilah and Che Bahrun, Che Nurul Huda and Abd Karim, Hilwana and Amirnordin, Nur Alia and Md Akhir, Norhaniza and Tengku Sulaiman, Tengku Sharifeleani Ratul Maknu (2023) Idea perniagaan: tanaman hidroponik jana pendapatan lumayan! / PM Dr. Nurzilah Zainal ... [et al.]. ASPIRASI FPP. ISSN 2735-0525

Abstract

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik Covid-19 telah memberi impak yang besar terhadap ekonomi negara. Pergerakan yang terhad telah membantutkan operasi semua jenis perniagaan. Kini, kita telah pun beralih ke fasa pasca Covid dan sudah tentu pengalaman dan keperitan lepas yang dihadapi oleh usahawan menjadi iktibar dan pembakar semangat untuk mencari peluang-peluang perniagaan yang baharu serta memberi pulangan yang menguntungkan. Aktiviti mengisi masa lapang ketika PKP dijalankan telah membuahkan hasil apabila kini ianya mampu menjana pendapatan lumayan setiap bulan. Bermula dengan mengusahakan tanaman bersendiran dan secara kecil-kecilan di halaman rumah, ia kemudian dikembangkan apabila mula ditanam secara berkumpulan dalam kawasan setempat. Bermula dengan menanam sayur-sayuran termasuk salad, sawi hijau, kangkung, pak choy dan 'wet grass' di rumah sendiri secara hidroponik. Kebanyakannya hanya menggunakan modal permulaan yang rendah sekitar RM200 sahaja untuk mencuba menanam sayur-sayuran bagi menghasilkan 10 bekas bagi memenuhi keperluan keluarga. Bermula dengan 10 bekas kemudian bertambah menjadi 80 bekas tanaman sayur-sayuran. Penanaman secara hidroponik ini juga tidak mendatangkan hasil jika tiada ilmu yang cukup. Terdapat segelintir yang mengusahakan tanaman hidroponik ini mengambil langkah dengan mempelajari cara penanaman dan penjagaan pokok menerusi Internet termasuklah YouTube, Tiktok, Facebook dan lain-lain lagi.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zainal, Nurzilah
UNSPECIFIED
Che Bahrun, Che Nurul Huda
UNSPECIFIED
Abd Karim, Hilwana
UNSPECIFIED
Amirnordin, Nur Alia
UNSPECIFIED
Md Akhir, Norhaniza
UNSPECIFIED
Tengku Sulaiman, Tengku Sharifeleani Ratul Maknu
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: ASPIRASI FPP
ISSN: 2735-0525
Keywords: Perintah Kawalan Pergerakan, PKP, Covid-19, hidroponik
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82415
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 82415.pdf] Text
82415.pdf

Download (2MB)

ID Number

82415

Indexing

Statistic

Statistic details