Abstract
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik Covid-19 telah memberi impak yang besar terhadap ekonomi negara. Pergerakan yang terhad telah membantutkan operasi semua jenis perniagaan. Kini, kita telah pun beralih ke fasa pasca Covid dan sudah tentu pengalaman dan keperitan lepas yang dihadapi oleh usahawan menjadi iktibar dan pembakar semangat untuk mencari peluang-peluang perniagaan yang baharu serta memberi pulangan yang menguntungkan. Aktiviti mengisi masa lapang ketika PKP dijalankan telah membuahkan hasil apabila kini ianya mampu menjana pendapatan lumayan setiap bulan. Bermula dengan mengusahakan tanaman bersendiran dan secara kecil-kecilan di halaman rumah, ia kemudian dikembangkan apabila mula ditanam secara berkumpulan dalam kawasan setempat. Bermula dengan menanam sayur-sayuran termasuk salad, sawi hijau, kangkung, pak choy dan 'wet grass' di rumah sendiri secara hidroponik. Kebanyakannya hanya menggunakan modal permulaan yang rendah sekitar RM200 sahaja untuk mencuba menanam sayur-sayuran bagi menghasilkan 10 bekas bagi memenuhi keperluan keluarga. Bermula dengan 10 bekas kemudian bertambah menjadi 80 bekas tanaman sayur-sayuran. Penanaman secara hidroponik ini juga tidak mendatangkan hasil jika tiada ilmu yang cukup. Terdapat segelintir yang mengusahakan tanaman hidroponik ini mengambil langkah dengan mempelajari cara penanaman dan penjagaan pokok menerusi Internet termasuklah YouTube, Tiktok, Facebook dan lain-lain lagi.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zainal, Nurzilah UNSPECIFIED Che Bahrun, Che Nurul Huda UNSPECIFIED Abd Karim, Hilwana UNSPECIFIED Amirnordin, Nur Alia UNSPECIFIED Md Akhir, Norhaniza UNSPECIFIED Tengku Sulaiman, Tengku Sharifeleani Ratul Maknu UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | ASPIRASI FPP |
ISSN: | 2735-0525 |
Keywords: | Perintah Kawalan Pergerakan, PKP, Covid-19, hidroponik |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82415 |