Abstract
Penerimaan kehadiran tiga orang pelajar dari Universiti Islam Indonesia (UII) adalah julung kali berlaku di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah selama tiga minggu iaitu bermula 8 Februari sehingga 1 Mac 2023. Program Latihan Industri ini adalah aktiviti susulan daripada Memorandum Perjanjian (MoA) antara UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan Universiti Islam Indonesia pada tahun 2022. Seperti disarankan oleh Yang Berusaha Prof. Datuk Ts Dr. Hajah Roziah Mohd Janor dalam Amanat Naib Canselor di mana tahun 2023 merupakan tahun penganjuran aktiviti bersama rakan-rakan MoA dan MoU. Maka, Koordinator Pusat Pengajian Kimia dan Alam Sekitar (PPKAS) dan selaku ketua bagi Special Interest Group (SIG) iaitu Materoleo Group, Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Sheikh Ahmad Izaddin Sheikh Mohd Ghazali telah menyahut cabaran Bersama rakan seperjuangan iaitu Dr. Nurazira Mohd Nor, Ts. Dr. Asiah Abdullah, Dr. Siti Hajar Alias dan ChM Dr. Nur Nadia Dzulkifli bagi merealisasikan amanat yang diturunkan. Tempoh selama tiga minggu penerimaan pelajar UII menjalanI Latihan Industri merupakan tempoh yang sangat mencabar dan berwaspada. Ini adalah kerana sepanjang tempoh tersebut, para pelajar akan menilai daripada sudut kredibiliti warga UiTM Cawangan Negeri, layanan, dan persediaan daripada segi infrastruktur dan infostruktur yang disediakan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Dzulkifli, Nur Nadia UNSPECIFIED Sheikh Mohd Ghazali, Sheikh Ahmad Izaddin UNSPECIFIED Mohd Nor, Nurazira UNSPECIFIED Abdullah, Asiah UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin APB Edisi 10 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | Latihan industri, infrastruktur, infostruktur, UiTM, Universiti Islam Indonesia, UII |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82318 |