Abstract
Penulisan ilmiah dalam kalangan akademia Institusi Pengajian Tinggi khususnya di UiTM merupakan salah satu kriteria penting sebagai amanah tugas ahli akademik. Penulisan ilmiah seperti penulisan laporan aktiviti, tesis penyelidikan, artikel di suratkhabar, majalah dan di jurnal saintifik, merupakan salah satu platform sumber maklumat yang boleh dikongsikan bersama pelajar, rakan sejawat, masyarakat dan negara. Justeru itu, satu bengkel penulisan ilmiah berimpak telah dianjurkan oleh Pusat Pengajian Kimia & Alam Sekitar (PPKAS) bagi memberi pendedahan dan galakan kepada staf akademik PPKAS untuk menulis dan berkongsi maklumat. Hal ini adalah selari dengan teras strategik kedua Perancangan Strategik UiTM 2025, iaitu kecemerlangan global yang telah menggariskan beberapa petunjuk prestasi termasuklah bilangan penerbitan artikel berimpak. Rentetan daripada itu, bengkel yang diadakan di Klana Resort Seremban pada 24 November 2022 merupakan sesi percambahan idea-idea dan perkongsian hasil penyelidikan agar dapat diterjemahkan ke dalam penulisan berbentuk artikel ilmiah berimpak dengan hasrat dapat diterbitkan untuk tatapan semua lapisan masyarakat. Sesi bengkel tersebut telah dihadiri oleh 25 staf akademik PPKAS dan dirasmikan oleh Koordinator PPKAS, Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Sheikh Ahmad Izaddin Sheikh Mohd Ghazali. Seterusnya, sesi taklimat bengkel telah disampaikan oleh Pn. Mazni Musa dan Dr. Rohaiza Saat yang telah memberi penerangan objektif dan perjalanan bengkel tersebut.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Me, Ropisah UNSPECIFIED Musa, Mazni UNSPECIFIED Saat, Rohaiza UNSPECIFIED Sheikh Mohd Ghazali, Sheikh Ahmad Izaddin UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin APB Edisi 10 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | Bengkel, penulisan ilmiah berimpak, Pusat Pengajian Kimia & Alam Sekitar, PPKAS, Perancangan Strategik UiTM 2025 |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82316 |