Kebolehkerjaan murid lelaki dan perempuan dalam bidang reka bentuk dan teknologi di sekolah menengah / Ghazali Sulaiman

Sulaiman, Ghazali (2021) Kebolehkerjaan murid lelaki dan perempuan dalam bidang reka bentuk dan teknologi di sekolah menengah / Ghazali Sulaiman. Borneo Akademika, 5 (2). pp. 90-99.
Identification Number (DOI): 10.24191/ba/v5i2/82289
Abstract

Kebolehkerjaan merupakan kemahiran bukan bersifat teknikal seperti berkomunikasi, kemahiran berfikir, menyelesaikan sesuatu masalah dan berkait dengannya yang perlu dititikberatkan dalam diri individu. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti kebolehkerjaan dalam kalangan murid Reka Bentuk dan Teknologi di sekolah menengah. Objektif kajian pula adalah untuk mengenal pasti tahap kebolehkerjaan dan mengenal pasti perbezaan kebolehkerjaan berdasarkan jantina. Oleh itu, dapatan kajian menunjukkan tahap kebolehkerjaan dalam kalangan murid Reka Bentuk dan Teknologi di sekolah menengah adalah sederhana tinggi. Manakala dari segi perbezaan kebolehkerjaan berdasarkan jantina menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Sehubungan itu, kajian ini memberi penekanan terhadap kebolehkerjaan tanpa mengira jantina perlu sentiasa ditingkatkan terutamanya dari segi penyelesaian sesuatu masalah agar murid yang mengambil bidang berkaitan Reka Bentuk dan Teknologi lebih terserlah dalam pembelajaran dan seterusnya ke alam pekerjaan kelak.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of NO. 9 (90-99)_82289.pdf]
Text
NO. 9 (90-99)_82289.pdf
Download (421kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics