Abstract
Penyelia adalah ahli akademik yang berkemahiran untuk membantu para pelajar bagi meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah. Di samping itu, penyelia juga berupaya membantu pelajar untuk berfikir secara logik dan kritis ketika proses pembelajaran penyelidikan dijalankan. Memantapkan diri pelajar dengan kemahiran penyelesaian masalah adalah salah satu matlamat bagi pendidik sains. Bagi memenuhi aspirasi di atas, seramai 24 orang pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Kimia dan Alam Sekitar (PPKAS), UiTM Kampus Kuala Pilah di bawah kod kursus Projek Penyelidikan Tahun Akhir (FSG671), dikehendaki untuk menjalankan kajian penyelidikan. Pelajarpelajar ini dibantu oleh penyelia utama atau penyelia bersama bagi melancarkan serta melengkapkan kajian penyelidikan mengikut perancangan cadangan proposal kertas penyelidikan yang telah dilaksanakan pada semester sebelumnya. Terdapat beberapa perancangan yang dilakukan oleh PPKAS bagi memastikan projek penyelidikan tahun akhir yang dilakukan oleh para pelajar FSG671 memenuhi objektif kod kursus dan hasil kajian penyelidikan dapat diterbitkan agar dapat memberi manfaat kepada manusia, teknologi & sumber alam. Keperluan ijazah ini memberi peluang kepada pelajar untuk menerbitkan penyelidikan yang telah mereka jalankan kepada komuniti akademik tempatan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abu Kassim, Nur Sofiah UNSPECIFIED Sheikh Mohd Ghazali, Sheikh Ahmad Izaddin UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin APB Edisi 10 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | Projek penyelidikan tahun akhir, penerbitan berimpak, FSG671, UiTM, Kuala Pilah |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82285 |