Pengurusan kemiskinan asnaf produktif: kajian kes di Baitul Mal Aceh (BMA) / Nooramira Ghazali … [et al.]

Ghazali, Nooramira and Fazial, Farahdina and Samsurijan, Mohamad Shaharudin and Hamat, Zahri (2021) Pengurusan kemiskinan asnaf produktif: kajian kes di Baitul Mal Aceh (BMA) / Nooramira Ghazali … [et al.]. Borneo Akademika, 5 (2). pp. 59-68.

Abstract

Institusi Zakat atau Baitul Mal merupakan organisasi yang ditubuhkan untuk mewujudkan sistem pengurusan zakat yang bersistematik. Kedua-dua institusi ini juga berperanan dalam membantu golongan asnaf untuk meningkatkan keupayaan dan ekonomi asnaf dalam mengurangkan masalah kemiskinan. Pelbagai program yang telah dilaksanakan oleh institusi zakat atau baitul mal dalam membantu golongan ini. Menariknya, kajian ini ditumpukan kepada baitul mal di Aceh, Indonesia yang lebih dikenali sebagai Baitul Mal Aceh (BMA) yang dilihat begitu sistematik dalam menguruskan kelompok asnaf terutamanya asnaf produktif. Asnaf produktif merujuk kepada asnaf yang berhak menerima agihan zakat, mempunyai perniagaan atau kemahiran untuk dikembangkan, mempunyai keupayaan fizikal dan mental yang baik serta mampu melaksanakan pekerjaan. Persoalannya, apakah fokus penumpuan program pengurusan kemiskinan yang telah dilaksanakan oleh BMA? Apakah bentuk bantuan yang telah diagihkan kepada asnaf produktif? Oleh yang demikian, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes di BMA. Data dikumpul melalui temu bual tidak berstruktur melibatkan lima orang informan dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan pendekatan tematik. Hasil kajian mendapati, terdapat dua program pengurusan kemiskinan yang telah difokus kepada asnaf produktif iaitu program pemerkasaan ekonomi dan pendidikan. Bentuk bantuan yang diagihkan terdiri dari modal permulaan, bantuan kewangan, peralatan kerja dan biasiswa. Kedua-dua program ini telah berjaya membantu mengurangkan masalah kemiskinan seterusnya membantu meningkatkan kualiti kehidupan asnaf produktif ke arah yang lebih baik.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ghazali, Nooramira
nooramira_yaa@yahoo.com
Fazial, Farahdina
UNSPECIFIED
Samsurijan, Mohamad Shaharudin
UNSPECIFIED
Hamat, Zahri
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Poor in cities. Slums
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sabah
Journal or Publication Title: Borneo Akademika
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Borneo Akademika (BA)
Volume: 5
Number: 2
Page Range: pp. 59-68
Keywords: Pengurusan kemiskinan; Asnaf produktif; Baitul Mal Aceh (BMA)
Date: December 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82264
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 82264.pdf] Text
82264.pdf

Download (496kB)

ID Number

82264

Indexing

Statistic

Statistic details