Penerimaan dan kesediaan pembelajaran dalam talian dalam kalangan mahasiswa baharu KUIPSAS pada musim pandemik COVID-19 / Nor Zahidah Ahmad, Nur Shuhadak Ismail and Khairun Nisaa Mohd

Ahmad, Nor Zahidah and Ismail, Nur Shuhadak and Mohd, Khairun Nisaa (2021) Penerimaan dan kesediaan pembelajaran dalam talian dalam kalangan mahasiswa baharu KUIPSAS pada musim pandemik COVID-19 / Nor Zahidah Ahmad, Nur Shuhadak Ismail and Khairun Nisaa Mohd. Borneo Akademika, 5 (2). pp. 20-32.

Abstract

Kajian tinjauan ini dijalankan dalam kalangan mahasiswa Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS). Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan dan faktor penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan mahasiswa baharu dalam situasi pandemik COVID-19. Data kuantitatif dikumpul melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 198 responden yang terdiri daripada pelajar semester satu program asasi, diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Hasil kajian mendapati bahawa tahap penerimaan dan kesediaan pelajar mengikuti sistem pembelajaran secara dalam talian adalah pada tahap memuaskan. Namun, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penerimaan pelajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam talian secara mod penuh. Kekangan kemudahan internet merupakan antara faktor utama masalah kelancaran PdP di sesetengah kawasan tempat tinggal pelajar terutama pelajar yang berada di kawasan pedalaman. Adaptasi sistem pengajian juga menjadi fokus utama dalam penerimaan pelajar terhadap e-pembelajaran. Hasil kajian juga mendapati penerimaan responden terhadap penggunaan e-pembelajaran adalah pada tahap memuaskan kerana majoriti responden memahami keseluruhan konsep dan tanggungjawab yang harus dimainkan dalam melaksanakan e-pembelajaran. Secara keseluruhan, responden menerima secara positif penggunaan e-pembelajaran bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Nor Zahidah
zahidahahmad@uitm.edu.my
Ismail, Nur Shuhadak
UNSPECIFIED
Mohd, Khairun Nisaa
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > Education extension. Adult education. Continuing education > Distance education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sabah
Journal or Publication Title: Borneo Akademika
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Borneo Akademika (BA)
Volume: 5
Number: 2
Page Range: pp. 20-32
Keywords: Penerimaan; Mahasiswa; E-pembelajaran; Pandemik
Date: December 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82259
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 82259.pdf] Text
82259.pdf

Download (388kB)

ID Number

82259

Indexing

Statistic

Statistic details