Model pentaksiran kompetensi holistik dalam pengajaran Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) / Zulkifli Mohd Sidi

Mohd Sidi, Zulkifli (2018) Model pentaksiran kompetensi holistik dalam pengajaran Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) / Zulkifli Mohd Sidi. PhD thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Sektor Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) merupakan teras kepada proses pembangunan modal insan melahirkan graduan berkemahiran kepada industri negara. Sektor yang dijenamakan semula ini adalah hasil daripada transformasi yang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) setelah penambahbaikan daripada RMKe-10. Perubahan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) yang dikaji semula telah mengubah landskap sistem pendidikan dan latihan negara. Pemerkasaan dan arus perdanakan sektor ini telah mendapat tempat di kalangan masyarakat dalam memberi jaminan kepada graduan-graduan ke lapangan pekerjaan. Sektor ini menjadi platform kepada pelajar-pelajar yang memilih bidang kemahiran sebagai laluan kerjaya di industri-industri. Namun begitu, transformasi sektor ini telah membuka ruang untuk diterokai bersama di dalam pembangunan tenaga kerja berkemahiran supaya memenuhi keperluan industri semasa. Penyelidikan empirikal ini bertujuan untuk membangunkan sebuah model pentaksiran kompetensi dengan ciri-ciri pengukuran pencapaian yang bersifat holistik. Penyelidikan ini merujuk kepada apakah kaedah terbaik untuk memenuhi objektif semasa yang diperlukan bagi menepati keberhasilan graduan-graduan berkualiti mengikut keperluan industri. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif yang merujuk kepada model Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) oleh Rita C. Richey, James D. Klein & Wayne A. Nelson (2007). Model ini dilaksanakan menerusi tiga fasa iaitu fasa analisis keperluan, reka bentuk dan penilaian model. Fasa pertama dimulai dengan temu bual dan disertai penyemakan konstruk instrumen oleh 4 orang pakar rujuk.

Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Sidi, Zulkifli
2012421492
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Mamat, Mohd Nor
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Doktor Falsafah (Pengajian Islam Kontemporari) – IC990
Keywords: Pendidikan, holistik, pengajaran
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82210
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 82210.pdf] Text
82210.pdf

Download (175kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

82210

Indexing

Statistic

Statistic details