Kaedah penghasilan visualisasi data dengan tepat: carta dan graf / Norhafizah Hashim ... [et al.]

Hashim, Norhafizah and Yusof, Rozianiwati and Aziz Fadzillah, Nor Azlina and Abdul Rahman, Normaziah and Mohd Yunus, Sri Yusmawati (2023) Kaedah penghasilan visualisasi data dengan tepat: carta dan graf / Norhafizah Hashim ... [et al.]. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Data raya sudah tidak asing lagi pada masa kini dengan jutaan data yang sentiasa terhasil pada setiap minit. Oleh kerana data raya ini terlalu besar maka ia tidak mudah difahami dengan segera danbukan semua kumpulan data yang wujud itu diperlukan pada satu-satu masa. Ia perlu dipersembahkan dalam bentuk yang lebih mudah untuk difahami seterusnya membantu di dalam membuat keputusan atau tindakan selanjutnya oleh pihak yang berkaitan. Antaranya organisasi-organisasi perniagaan boleh menggunakan analisis daripada data bisnes untuk melihat corak dan trend pelanggan mereka. Analisis data juga dilaksanakan oleh organisasi lain seperti jabatan meteorologi untuk meramal cuaca, pihak bank untuk pengurusan risiko, jabatan pengangkutan jalan untuk pengawalan trafik, dan sebagainya. Di sinilah wujudnya keperluan visualisasi data. Menurut laman web Tableau, visualisasi data adalah suatu perwakilan grafik untuk data dan maklumat ke dalam bentuk carta, graf, peta, dan sebagainya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 82105.pdf]
Text
82105.pdf
Download (842kB)
Indexing & Metrics