Abstract
Data raya sudah tidak asing lagi pada masa kini dengan jutaan data yang sentiasa terhasil pada setiap minit. Oleh kerana data raya ini terlalu besar maka ia tidak mudah difahami dengan segera danbukan semua kumpulan data yang wujud itu diperlukan pada satu-satu masa. Ia perlu dipersembahkan dalam bentuk yang lebih mudah untuk difahami seterusnya membantu di dalam membuat keputusan atau tindakan selanjutnya oleh pihak yang berkaitan. Antaranya organisasi-organisasi perniagaan boleh menggunakan analisis daripada data bisnes untuk melihat corak dan trend pelanggan mereka. Analisis data juga dilaksanakan oleh organisasi lain seperti jabatan meteorologi untuk meramal cuaca, pihak bank untuk pengurusan risiko, jabatan pengangkutan jalan untuk pengawalan trafik, dan sebagainya. Di sinilah wujudnya keperluan visualisasi data. Menurut laman web Tableau, visualisasi data adalah suatu perwakilan grafik untuk data dan maklumat ke dalam bentuk carta, graf, peta, dan sebagainya.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hashim, Norhafizah UNSPECIFIED Yusof, Rozianiwati UNSPECIFIED Aziz Fadzillah, Nor Azlina UNSPECIFIED Abdul Rahman, Normaziah UNSPECIFIED Mohd Yunus, Sri Yusmawati UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin APB Edisi 10 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | Visualisasi data, carta, graf, peta |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82105 |