Kelebihan dan kelemahan membeli-belah secara dalam talian / Rosnani Abdullah

Abdullah, Rosnani (2023) Kelebihan dan kelemahan membeli-belah secara dalam talian / Rosnani Abdullah. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Membeli-belah dalam talian kini semakin popular disebabkan oleh banyak kemudahan yang ditawarkan. Pembeli dapat membeli barangan yang mereka mahukan pada harga murah, boleh membeli-belah 24 jam sehari, tujuh hari seminggu di mana saja mereka berada. Namun begitu, pembeli dalam talian juga perlu sedar akan risiko yang mereka hadapi.
Laman web palsu:
Laman ini dicipta dengan satu tujuan, iaitu mendapatkan maklumat tentang diri anda, yang boleh membawa kepada risiko kecurian identiti dan penggodaman. Kebiasaannya, laman web seperti ini akan memberikan tawaran hebat yang sukar dilepaskan dan akhirnya lesap beberapa minggu kemudian.
Penipuan:
Sesetengah aduan yang biasa didengari termasuk penjual tidak menghantar barangan yang dibeli, pembeli menerima barangan yang sama ada nilainya kurang daripada nilai yang diiklankan atau nyata sekali berbeza daripada gambaran asal, kupon dan kad hadiah palsu. Kebolehpercayaan penjual Laman web beli-belah tidak selamat atau memaparkan penjual yang tidak dikenali.
Caj tersembunyi:
Pembeli perlu membayar lebih daripada apa yang dinyatakan disebabkan oleh caj tersembunyi, duti atau caj penghantaran.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdullah, Rosnani
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin APB Edisi 10
ISSN: 2682-7948
Keywords: Membeli-belah, kecurian identity, caj tersembunyi, duti, caj penghantaran
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82089
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 82089.pdf] Text
82089.pdf

Download (943kB)

ID Number

82089

Indexing

Statistic

Statistic details