Nilai etika dalam perkongsian maklumat dunia digital / Nor Azlina Aziz Fadzillah ... [et al.]

Aziz Fadzillah, Nor Azlina and Hashim, Norhafizah and Abdul Rahman, Normaziah and Yusof, Rozianiwati and Mohd Yunus, Sri Yusmawati (2023) Nilai etika dalam perkongsian maklumat dunia digital / Nor Azlina Aziz Fadzillah ... [et al.]. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Dunia digital telah banyak mengubah cara hidup dan pemikiran individu dalam menangani masalah dan cabaran di zaman milenium ini. Kebanyakan maklumat diperolehi melalui pencarian secara dalam talian dalam kalangan generasi muda. Menurut kajian yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pada tahun 2020, sebanyak 43% pengguna berkongsi maklumat secara dalam talian dan antara bentuk kandungan yang dikongsi terdiri daripada berita (66.90%), maklumat umum (60.90%) dan hiburan (56.10%). Manakala, terdapat tiga platform perkongsian maklumat yang utama iaitu media sosial (86.50%), group messaging (58.50%) dan private messaging (36.10%). Namun, kesahihan setiap maklumat yang diperolehi perlulah dianalisis dan dinilai dari sudut ketepatan sumber dan fakta yang akan digunakan untuk tujuan perkongsian maklumat tersebut. Nilai etika adalah satu perkara yang sangat penting dalam menyebarkan sesuatu maklumat terutamanya dari sumber yang diperolehi melalui carian dalam talian. Etika merujuk kepada nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan dan garis panduan yang harus dipatuhi mengikut bidang pekerjaan masing-masing. Dalam konteks penggunaan digital, etika melibatkan kod
atau kaedah tingkah laku yang sesuai semasa berinteraksi dalam internet sama ada melalui e-mel, sembang-sembang atau ketika menggunakan kumpulan usenet. Sebagai contoh, menaip mesej dengan menggunakan huruf besar memberi gambaran nada teriakan atau jeritan dalam laman web tersebut (Kamus Dewan edisi keempat, 2005).

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Aziz Fadzillah, Nor Azlina
UNSPECIFIED
Hashim, Norhafizah
UNSPECIFIED
Abdul Rahman, Normaziah
UNSPECIFIED
Yusof, Rozianiwati
UNSPECIFIED
Mohd Yunus, Sri Yusmawati
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin APB Edisi 10
ISSN: 2682-7948
Keywords: Nilai etika, perkongsian maklumat, dunia, digital
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82081
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 82081.pdf] Text
82081.pdf

Download (1MB)

ID Number

82081

Indexing

Statistic

Statistic details