Tahap pengetahuan guru pelatih mempengaruhi kekerapan pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu / Nur Farzana Abdul Mutalib, Nor Aziah Abd. Aziz and Fauziah Hanim Md Yusof

Abdul Mutalib, Nur Farzana and Abd. Aziz, Nor Aziah and Md Yusof, Fauziah Hanim (2023) Tahap pengetahuan guru pelatih mempengaruhi kekerapan pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu / Nur Farzana Abdul Mutalib, Nor Aziah Abd. Aziz and Fauziah Hanim Md Yusof. In: International Conference of Research on Language Education 2023: “Embracing Change: Emancipating the Landscape of Research in Linguistics, Language and Literature”. Academy of Language Studies, Alor Gajah, Melaka, pp. 643-651. ISBN 978-967-2072-43-0 (Submitted)

Official URL: https://irole-uitm.com/

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru pelatih mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), mengenal pasti kekerapan pelaksanaan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa praktikum oleh guru pelatih dan menentukan hubungan antara tahap pengetahuan KBAT dengan kekerapan pelaksanaan KBAT dalam PdP subjek Bahasa Melayu semasa praktikum oleh guru pelatih. Bagi tujuan tersebut, kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif dan inferensi dengan kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 114 orang guru pelatih unit V bidang teras Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI). Dapatan data yang dikumpul daripada instrumen borang soal selidik telah dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 27 bagi mendapatkan nilai frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai manakala data dianalisis secara inferensi bagi mendapatkan nilai pekali korelasi Pearson. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan tahap pengetahuan guru pelatih mengenai KBAT berada pada tahap yang tinggi apabila skor min ialah 4.08 dan sisihan piawai ialah 0.49. Kekerapan pelaksanaan KBAT dalam PdP oleh guru pelatih semasa praktikum juga berada pada tahap tinggi dengan skor min 3.78 dan sisihan piawai 0.57. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapatnya hubungan signifikan yang sangat kuat antara tahap pengetahuan guru pelatih dengan kekerapan pelaksanaan KBAT dalam PdP semasa praktikum oleh guru pelatih dengan nilai r = 0.706 dan nilai p = 0.001. Implikasi kajian ini ialah guru pelatih dapat bersedia untuk meningkatkan pengetahuan masing-masing mengenai KBAT dan cara melaksanakannya dalam PdP melalui kursus-kursus berkaitan KBAT. Oleh itu, kemahiran berfikir dalam kalangan murid di Malaysia dapat dipertingkatkan sekali gus menyumbang kepada perkembangan sistem pendidikan negara.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Mutalib, Nur Farzana
UNSPECIFIED
Abd. Aziz, Nor Aziah
UNSPECIFIED
Md Yusof, Fauziah Hanim
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Patron
Ab Aziz, Dr. Ameiruel Azwan
UNSPECIFIED
Team Member
Hamzah, Fazlinda
UNSPECIFIED
Team Member
Sharifudin, Mohd Azlan Shah
UNSPECIFIED
Team Member
Mohd Juned, Dr. Amirah
UNSPECIFIED
Team Member
Rokman, Zesdyzar
UNSPECIFIED
Team Member
Rosli, Rozielawati
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka
Event Title: International Conference of Research on Language Education 2023: “Embracing Change: Emancipating the Landscape of Research in Linguistics, Language and Literature”
Event Dates: 13-14 March 2023
Page Range: pp. 643-651
Keywords: KBAT; Pengajran dan Pembelajaran; Pengetahuan; Pelaksanaan; Guru pelatih
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82075
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Conference e-Proceedings] Text (Conference e-Proceedings)
82075.pdf

Download (740kB)

ID Number

82075

Indexing

Statistic

Statistic details