Abstract
Dialek Kedah pada dasarnya adalah satu ragam bahasa yang unik dengan aspek sebutan dan leksikal tersendiri. Sungguhpun begitu, pengaruh yang di bawa oleh dialek boleh memberi kesan terhadap ujaran lisan seseorang. Sekiranya wujud unsur pengaruh dialek dalam ujaran guru, maka murid akan turut sama menggunakan dialek dalam kemahiran berbahasanya. Keadaan ini adalah kerana, pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh keadaan persekitarannya termasuklah di sekolah. Rentetan daripada itu, isu pengaruh dialek sepatutnya diatasi ketika seorang guru itu berada dalam tempoh latihannya iaitu melalui program PISMP. Justeru, satu kajian kualitatif berbentuk kajian kes dilaksanakan untuk melihat faktor pendorong penggunaan dialek Kedah serta pengaruhnya terhadap gaya sebutan (fonetik) serta penggunaan leksikal kata soal dialek terhadap tiga orang pelajar PISMP. Pengaruh dialek boleh berpunca daripada faktor rakan sebaya, keluarga dan persekitaran seseorang. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat beberapa proses dalam fonologi dialek Kedah yang mempengaruhi sebutan pelajar PISMP. Antaranya adalah proses pemanjangan dan perendahan vokal, penggantian, perubahan dan pengguguran konsonan serta pendiftongan. Pada aspek leksikal kata soal, terdapat perbezaan dari sudut pemilihan kosa katanya seperti ‘awat’ yang membawa maksud ‘kenapa’, ‘apadia’ iaitu ‘apa’ dan ‘cemana’ yang mewakili kata soal ‘bagaimana’. Hasilnya, kajian ini dapat menyumbang kepada kesedaran dan peningkatan amalan penguasaan bahasa Melayu standard dalam kalangan pendidik.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hamzah, Nurmiza Zulaikha nurmiza06-707@epembelajaran.edu.my Awang, Hasnah hasnah@ipgmipoh.edu.my Md Yusof, Fauziah Hanim UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Patron Ab Aziz, Dr. Ameiruel Azwan UNSPECIFIED Team Member Hamzah, Fazlinda UNSPECIFIED Team Member Sharifudin, Mohd Azlan Shah UNSPECIFIED Team Member Mohd Juned, Dr. Amirah UNSPECIFIED Team Member Rokman, Zesdyzar UNSPECIFIED Team Member Rosli, Rozielawati UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language. Linguistic theory. Comparative grammar |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka |
Event Title: | International Conference of Research on Language Education 2023: “Embracing Change: Emancipating the Landscape of Research in Linguistics, Language and Literature” |
Event Dates: | 13-14 March 2023 |
Page Range: | pp. 633-642 |
Keywords: | Dialek Kedah; Pelajar PISMPj; Faktor; Fonologi; Leksikal kata soal |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82019 |
Download
82019.pdf
Download (682kB)