Abstract
Bahasa Melayu merupakan bahasa kedua bagi murid bukan penutur natif yag terdiri daripada pelbagai latar belakang yang mengamalkan bahasa ibunda mereka sendiri. Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, terdapat terdapat variasi kemahiran berbahasa yang diamalkan. Sistem pendidikan di Malaysia telah menggariskan bahawa Bahasa Melayu wajib dipelajari oleh murid tanpa mengira kaum apabila di sekolah kerana berperanan sebagai bahasa pengantar dan bahasa kebangaan. Penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif bukanlahh sesuatu yang mudah dan bersifat kompleks. Hal ini demikian kerana rata-rata murid bukan penutur natif jarang bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan harian. Justeru, kajian ini akan memberikan pertimbangan terhadap tahap kesediaan, motivasi dan faktor persekitaran murid bukan penutur natif terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan karangan respons terbuka di tiga buah sekolah antarabangsa Kuala Lumpur. Reka bentuk kajian kuantitatif akan digunakan untuk melengkapkan kajian ini. Seramai 143 daripada 225 murid sekolah antarabangsa peringkat menengah rendah akan dipilih secara rawak. Pemilihan bilangan sampel kajian adalah berdasarkan Kalkulator Saiz Sampel Raosoft (Raosoft, 2004). Teknik pengumpulan data yang terlibat dalam kajian ini ialah penggunaan dua set soal selidik iaitu Ujian Kecekapan Bahasa Melayu (UPBM_SR) dan Tahap Skor UPBM_SR; dan Borang Soal Selidik Kesediaan, Motivasi dan Faktor Persekitaran Murid Bukan Penutur Natif dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan Karangan Respons Terbuka. Dapatan kajian akan dianalisis menggunakan Ujian-T dan korelasi untuk menentukan skor min dan hubungan antara pembolehubah kajian. Justeru, kajian ini diharapkan dapat meningkatkan prestasi pelajar dan menarik minat pelajar bukan penutur asli di sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur untuk terus menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya dalam pelbagai bidang penulisan karangan.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohammad, Norfarsha gs64675@student.upm.edu.my Mohamed Mokhtar, Marzni marzni@upm.edu.my Jamil, Marni marnijamil@uitm.edu.my |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Patron Ab Aziz, Dr. Ameiruel Azwan UNSPECIFIED Team Member Hamzah, Fazlinda UNSPECIFIED Team Member Sharifudin, Mohd Azlan Shah UNSPECIFIED Team Member Mohd Juned, Dr. Amirah UNSPECIFIED Team Member Rokman, Zesdyzar UNSPECIFIED Team Member Rosli, Rozielawati UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language. Linguistic theory. Comparative grammar |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka |
Event Title: | International Conference of Research on Language Education 2023: “Embracing Change: Emancipating the Landscape of Research in Linguistics, Language and Literature” |
Event Dates: | 13-14 March 2023 |
Page Range: | pp. 599-609 |
Keywords: | Kesediaan; Motivasi dan faktor persekitaran murid bukan penutur natif; Bahasa |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82017 |
Download
82017.pdf
Download (782kB)