Abstract
Ucapan bayi menyebut perkataan berulang dan konsisten melihat persepsi bayi boleh bertutur awal. Maka, fenomena bayi menyebut perkataan seawal usia perlu diterokai secara mendalam dan menyebarkan pengetahuan ini kepada ibu bapa dalam persediaan mengajar literasi bahasa awal bayi. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk merungkai bagaimana bayi boleh melontarkan bunyi-bunyi sebutan seawal usia mereka. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka ucapan bayi sejak lahir sehingga usia 12 bulan. Kajian ini melibatkan lima peserta bayi berumur dari lahir hingga dua belas bulan, dan lima peserta ibu bapa bayi sebagai informan utama dalam kajian. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif, dan pelaksanaan kajian menerusi kaedah kajian kes jenis penerokaan. Kaedah pengumpulan data termasuklah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen, dan data dianalisis menggunakan kaedah induktif dan perbandingan daripada Merriam dan Tisdell (2016). Penemuan penyelidikan menghuraikan pemerolehan ucapan bayi meliptui; (a) pencapaian mengoceh bermain dengan bunyi (6-12), (b) pencapaian bunyi dan gerak isyarat melalui pertuturan dan bahasa badan (7-12), (c) pencapaian menyalin bunyi pertuturan dan menyusun bunyi (8-12), (d) pencapaian mengenali nama ucapan, mengenali nama individu (5-12). Kepentingan kajian ini adalah untuk mendidik orang dewasa bersama-sama mengembangkan aspek literasi ucapan awal bayi melalui pelbagai aktiviti mudah yang sesuai untuk bayi, memahami perkembangan ucapan awal bayi, dan bertindak balas terhadap bahasa ucapan awal bayi. Oleh itu, ucapan bayi dapat merangsang dan mencergaskan otak bayi melalui pengulangan kata-kata, serta mewujudkan keterikatan yang kuat bersama ibu dan keluarga.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Maidin, Rosny Alen_esmaryjune@yahoo.com |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Patron Ab Aziz, Dr. Ameiruel Azwan UNSPECIFIED Team Member Hamzah, Fazlinda UNSPECIFIED Team Member Sharifudin, Mohd Azlan Shah UNSPECIFIED Team Member Mohd Juned, Dr. Amirah UNSPECIFIED Team Member Rokman, Zesdyzar UNSPECIFIED Team Member Rosli, Rozielawati UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and languages |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka |
Event Title: | International Conference of Research on Language Education 2023: “Embracing Change: Emancipating the Landscape of Research in Linguistics, Language and Literature” |
Event Dates: | 13-14 March 2023 |
Page Range: | pp. 575-584 |
Keywords: | Bahasa; Ucapan bayi; Sejak lahir hingga dua belas bulan |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82014 |
Download
82014.pdf
Download (678kB)