Abstract
Transkrip ini mengandungi sesi temubual bersama Encik Che Wil Bin Noh yang merupakan seorang pemain serunai di Kelantan dan terkenal dengan panggilan Abe Wil Irama oleh masyarakat seluruh pelusuk Pantai Timur. Beliau mempunyai pengalaman yang banyak mengenai serunai yang boleh dikongsi untuk tatapan pembaca khususnya dalam bidang kesenian ini. Sepanjang bermain serunai untuk permainan Wayang Kulit dan silat beliau secara tidak langsung memartabatkan seni warisan yang semakin dilupakan oleh generasi sekarang. Penglibatan beliau dalam bidang seni ini mendapat perkenan dan anugerah dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan serta sering dijemput ke Istana untuk persembahan. Beliau juga sering bermain serunai hingga ke Eropah dan negara-negara Asia seperti China, Indonesia dan Singapura. Transkrip ini serba sedikit menyentuh hal-hal berkaitan pengalaman, pantang larang, cara dan perihal mengenai serunai di dalam permainan tradisional seperti Wayang Kulit dan Mak Yong serta harapan beliau sendiri terhadap seni serunai ini terhadap generasi kini.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Atar, Syahir Firdaus 2011494294 Roslan, Mohamad Farouk 2012443908 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Chik, Nor Kamariah UNSPECIFIED Interviewee Che Noh, Che Wil UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history M Music and Books on Music > ML Literature of music > History and criticism > Instruments and instrumental music N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Che Wil Bin Noh, Pemain Serunai, Eropah, Asia, Wayang Kulit, Mak Yong, generasi, Kelantan, Pahang and wawancara |
Date: | 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81606 |