Abstract
Penggunaan media sosial dirujuk semakin meluas kini di seluruh dunia. Kebolehgunaannya bukan sekadar dimanfaatkan oleh masyarakat, bahkan pemain-pemain industri dalam segenap lapisan bidang. Kajian ini memberikan tumpuan untuk menilai pengaruh media sosial dalam industri pelancongan, di samping meneliti cabaran serta keberkesanannya. Kaedah kajian keratan rentas kuantitatif tinjauan borang soal selidik dijalankan melibatkan sejumlah 150 orang responden. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan media sosial dalam industri pelancongan sememangnya mempunyai pengaruh yang besar. Antara cabaran yang dihadapi pemain dalam industri pelancongan ini adalah dari segi maklum balas negatif atas talian yang diberikan oleh orang awam yang berupaya memberikan implikasi besar kepada pihak pengusaha. Media sosial juga secara amnya dilihat sebagai berkesan dalam usaha menarik perhatian para pelancong untuk melancong ke sesuatu destinasi. Kesimpulannya, kajian ini jelas memberikan implikasi yang besar dalam konteks penambahan ilmu pengetahuan berkenaan kelebihan serta manfaat media sosial sebagai platform berguna dalam industri pelancongan. Penambahbaikan dari segi strategi promosi media ini dirujuk berupaya meningkatkan lagi nilai tambah serta populariti destinasi-destinasi pelancongan di negara ini sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abg Marzuki, Abang Akmal Azani Izzat azaniizzat99@gmail.com Zainal Abiddin, Nur Rania ranialeon9908@gmail.com Muhaya, Nurul Hazirah Auni 2020612312@student.uitm.edu.my Mohd Ketar, Muhammad Azizul Azeem azizulazeem@gmail.com Zainudin, Muhammad Zul Haziq zulhaziq003@gmail.com Jamri, Mohamad Hafifi hafifijamri@uitm.edu.my |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Business cycles. Economic fluctuations. Economic indicators |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Communication and Media Studies |
Journal or Publication Title: | e-Journal of Media and Society (e-JOMS) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > e-Journal of Media and Society (eJOMS) |
ISSN: | 2682-9193 |
Volume: | 6 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 60-65 |
Keywords: | Pelancongan; Media social; Teknologi komunikasi; Malaysia |
Date: | January 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81364 |