Faktor yang mendorong niat guru melakukan caruman insurans dan takaful / Azarudin Awang … [et al.]

Awang, Azarudin and Mohamad, Luqman Hakim and Sulong, Che Norzila and Che Mat, Azman (2023) Faktor yang mendorong niat guru melakukan caruman insurans dan takaful / Azarudin Awang … [et al.]. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 6 (1). pp. 12-26. ISSN 2006-9617 (Submitted)

Abstract

Dari aspek persamaan, insurans konversional dan takaful merupakan produk atau perkhidmatan bersifat urus niaga kepada pelanggannya. Namun Islam melarang segala bentuk urus niaga yang mengandungi unsur gharar (ketidakpastian) dan maysir (judi). Keperluan untuk membeli asset-asset harta, kesihatan atau pendidikan menjadikan masyarakat Muslim di Malaysia sama ada kakitangan kerajaan atau swasta melibatkan diri secara langsung dalam industri insuran atau takaful. Oleh kerana, pendidik merupakan kelompok yang terbesar dalam dalam kakitangan kerajaan, pastinya mereka jugalah antara kelompok yang utama terlibat dalam caruman insurans atau takaful. Justeru, kajian ini ialah melihat faktor yang mendorong golongan pendidik di sekolah Menengah Tanah Merah, Kelantan untuk melakukan caruman dalam Insurans dan Takaful. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik melalui Google Form kepada 277 orang guru. Seterusnya, borang soal selidik diuji menggunakan SPSS 22 dengan analisis min, sisihan piawai, peratus, ujian t dan Anova. Hasil kajian menunjukkan min terhadap faktor niat guru-guru untuk mencarum insurans atau takaful kerana manfaat, meringgankan beban, menampung kos, tempoh menunggu yang lama di hospital kerajaan dan simpanan untuk pendidikan berada pada tahap yang tinggi. Manakala bagi faktor niat mencarum insurans atau takaful sebagai satu bentuk pelaburan dan kerana jangka hayat pelanggan semakin singkat menunjukkan min berada pada tahap yang sederhana. Biarpun begitu, majoriti niat responden bersetuju untuk memilih insuran yang berasaskan patuh syariah berbanding yang konvensional. Kajian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti niat sebenar dan kecenderungan guru-guru melakukan caruman dalam insurans atau takaful.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Awang, Azarudin
azaru154@uitm.edu.my
Mohamad, Luqman Hakim
UNSPECIFIED
Sulong, Che Norzila
UNSPECIFIED
Che Mat, Azman
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HG Finance > Insurance
H Social Sciences > HG Finance > Insurance > Life insurance
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
ISSN: 2006-9617
Volume: 6
Number: 1
Page Range: pp. 12-26
Keywords: Faktor; Niat; Guru; Insurans konvensional; Takaful
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81330
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 81330.pdf] Text
81330.pdf

Download (409kB)

ID Number

81330

Indexing

Statistic

Statistic details