Kelestarian pendidikan anak kurang upaya: pandangan daripada perspektif Maqasid Syariah memelihara akal dan intelektual (Hifz Aqli) / Khairul Effendi Hashim, Nasharuddin Mohammad and Norakyairee Mohd Raus

Hashim, Khairul Effendi and Mohammad, Nasharuddin and Mohd Raus, Norakyairee (2022) Kelestarian pendidikan anak kurang upaya: pandangan daripada perspektif Maqasid Syariah memelihara akal dan intelektual (Hifz Aqli) / Khairul Effendi Hashim, Nasharuddin Mohammad and Norakyairee Mohd Raus. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 2. pp. 31-41. ISSN 2006-9617 (Submitted)

Abstract

Pendidikan merupakan tuntutan dalam Islam. Allah SWT telah menjelaskan kepentingan menuntut ilmu dan ketinggian martabat para ilmuwan. Bagi anak-anak kurang upaya, proses ini perlu diberi perhatian agar mereka tidak ketinggalan dalam meniti arus pendidikan masa kini. Peranan ibu bapa dan penjaga sangat diperlukan di samping peranan yang dimainkan oleh kerajaan dan swasta. Maqasid syariah merupakan objektif pensyariatan hukum bertujuan mencapai kemaslahatan untuk kebaikan kepada manusia. Kelestarian ilmu merupakan salah satu konsep dalam Maqasid Syariah bagi mencapai objektif memelihara akal dengan ilmu dan pengetahuan. Kajian ini melihat kepentingan pendidikan anak kurang upaya daripada perspektif Maqasid Syariah (Objektif Syariah) memelihara akal dan intelektual. Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunakan metode analisis kandungan dengan pengumpulan data yang terdiri daripada kitab, buku, dokumen, jurnal dan laman sesawang agensi yang terlibat. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan metode tematik melalui pendekatan induktif bagi mencapai objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepentingan pendidikan anak kurang upaya melalui peranan yang dimainkan oleh ibu bapa, penjaga, kerajaan dan swasta mempunyai kesan langsung kepada objektif syariah (maqasid syariah) memelihara akal dan intelektual. Oleh itu, peranan yang dimainkan mestilah mendapatkan sokongan dan bantuan yang berterusan bagi memastikan konsep memelihara akal dan intelektual anak kurang upaya terjamin. Sangat disarankan agar pendidikan anak kurang upaya diberi perhatian yang lebih mendalam oleh ibu bapa dan penjaga ditambah dengan peranan kerajaan dan swasta bagi memelihara kebajikan anak-anak kurang upaya dalam perkara yang melibatkan pendidikan dan keilmuan selaras dengan objektif syarak untuk memelihara intelektual manusia.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hashim, Khairul Effendi
khai.effendihashim@gmail.com
Mohammad, Nasharuddin
UNSPECIFIED
Mohd Raus, Norakyairee
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
ISSN: 2006-9617
Volume: 2
Page Range: pp. 31-41
Keywords: Pendidikan; Kelestarian ilmu; OKU; Maqasid Syariah
Date: December 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81306
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 81306.pdf] Text
81306.pdf

Download (343kB)

ID Number

81306

Indexing

Statistic

Statistic details