Penggunaan Quizizz dalam pembelajaran mata pelajaran Agama (CTU) di UiTM sewaktu Pandemik COVID-19 / Md Azzaat Ahsanie Lokman … [et al.]

Lokman, Md Azzaat Ahsanie and Mohd Fadzil, Mohd Faidz and Zulkafl, Nurhayati Syazwani and Mohd Fitri, Basirah (2022) Penggunaan Quizizz dalam pembelajaran mata pelajaran Agama (CTU) di UiTM sewaktu Pandemik COVID-19 / Md Azzaat Ahsanie Lokman … [et al.]. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 1. pp. 82-93. ISSN 2006-9617 (Submitted)

Abstract

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi mahasiswa UiTM terhadap penggunaan aplikasi Quizizz dalam pembelajaran mata pelajaran agama (CTU) yang diajarkan di UiTM menerusi pembelajaran secara open & distance learning (ODL) sewaktu permulaan dan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dikumpulkan daripada mahasiswa diploma pelbagai jurusan di UiTM Cawangan Kelantan pada semester 1 sesi 2020/2021 mewakili waktu permulaan PKP dilaksanakan. Manakala data mewakili selepas tempoh PKP diambil daripada mahasiswa diploma UiTM Cawangan Melaka pada semester 1 sesi 2021/2022. Analisis data dilakukan secara deskriptif dan komparatif. Hasil penelitian daripada 647 jumlah responden menunjukkan bahawa mahasiswa mempunyai tanggapan yang positif terhadap penggunaan Quizizz kerana ia memberikan manfaat kepada mereka dalam pembelajaran mata pelajaran agama (CTU) ketika PKP yang memerlukan pembelajaran dijalankan secara ODL di kediaman masing-masing. Mahasiswa menganggap penggunaan Quizizz menjadikan penyampaian kuliah lebih menarik, meningkatkan penguasaan kefahaman, dan menambahkan motivasi dan kesungguhan mahasiswa dalam mempelajari mata pelajaran CTU. Kajian ini menyimpulkan bahawa cabaran pendidikan dalam situasi pandemik Covid-19 memerlukan kepelbagaian kaedah pembelajaran diadaptasi supaya motivasi, momentum dan kesungguhan mahasiswa dapat dipertingkatkan lantas memberikan kesan positif terhadap peningkatan kefahaman mereka terhadap mata pelajaran yang dipelajari. Perkara ini mampu dicapai menerusi kaedah gamifikasi.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Lokman, Md Azzaat Ahsanie
UNSPECIFIED
Mohd Fadzil, Mohd Faidz
UNSPECIFIED
Zulkafl, Nurhayati Syazwani
UNSPECIFIED
Mohd Fitri, Basirah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Creative ability. Imagination. Creative thinking. Concept learning. Constructivism (Education)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
ISSN: 2006-9617
Volume: 1
Page Range: pp. 82-93
Keywords: Quizizz; Gamifikasi; Pengajaran dan pembelajaran; Mata pelajaran agama; Pendidikan
Date: May 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81302
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 81302.pdf] Text
81302.pdf

Download (339kB)

ID Number

81302

Indexing

Statistic

Statistic details