Kepentingan siasah syar’iyyah untuk membentuk dasar kesejahteraan keluarga dalam negara bermasyarakat majmuk / Awang Nib Zuhairi Awang Ahmad, Hadenan Towpek and Abdul Razak Abdul Kadir

Awang Ahmad, Awang Nib Zuhairi and Towpek, Hadenan and Abdul Kadir, Abdul Razak (2022) Kepentingan siasah syar’iyyah untuk membentuk dasar kesejahteraan keluarga dalam negara bermasyarakat majmuk / Awang Nib Zuhairi Awang Ahmad, Hadenan Towpek and Abdul Razak Abdul Kadir. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 1. pp. 44-63. ISSN 2006-9617 (Submitted)

Abstract

Islam adalah satu agama lengkap yang mengatur kehidupan manusia bagi mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan. Bagi mencapai kesejahteraan itu, pemimpin sesebuah negara perlu mengaplikasikan siasah syar’iyyah dalam pentadbiran mereka. Siasah syar’iyyah merupakan kaedah yang bersifat dinamik dan menepati maqasid syariah bagi mengurus pentadbiran negara. Aplikasi siasah syar’iyyah dalam pentadbiran negara bermasyarakat majmuk adalah bagi memastikan maslahah dalam kehidupan masyarakat majmuk dapat dilaksanakan dan menghindari mafsadah yang akan memudaratkan mereka. Oleh itu, objektif artikel ini adalah untuk menganalisis kepentingan siasah syar’iyyah untuk membentuk dasar kesejahteraan keluarga dalam negara bermasyarakat majmuk. Artikel ini mendapati bahawa elemen-elemen seperti mengawal struktur keluarga dan masyarakat, mewujudkan jaminan keselamatan, menegakkan keadilan, menjamin kebebasan, mengiktiraf hak persamaan, menjamin kebajikan sosial, menggalakkan syura dalam pembuatan dasar kesejahteraan dan mengukuhkan perpaduan. Lapan elemen ini adalah sebahagian daripada elemen yang perlu sebagai asas pembentukan dasar kesejahteraan keluarga. Kepentingan siasah syar’iyyah ini telah diterjemahkan oleh kerajaan Malaysia melalui lapan domain yang menjurus ke arah kesejahteraan keluarga. Begitu juga, kerajaan Sarawak telah mencerakinkan kepentingan siasah syar’iyyah ini kepada sepuluh tonggak utama. Walaupun hasil artikel ini sangat ringkas dan tidak menyentuh kesemua elemen kepentingan siasah syar’iyyah untuk membentuk dasar kesejahteraan keluarga dalam negara bermasyarakat majmuk, namun kewujudan lapan elemen ini sudah cukup membuktikan bahawa Islam telah menyediakan mekanisme tadbir urus yang komprehensif bagi mewujudkan kesejahteraan keluarga dalam negara bermasyarakat majmuk.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Awang Ahmad, Awang Nib Zuhairi
nibz@sarawak.gov.my
Towpek, Hadenan
hadenan298@uitm.edu.my
Abdul Kadir, Abdul Razak
abdurak1@uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
ISSN: 2006-9617
Volume: 1
Page Range: pp. 44-63
Keywords: Siasah syar’iyyah; Kesejahteraan keluarga dan masyarakat majmuk; Syariat
Date: May 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81277
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 81277.pdf] Text
81277.pdf

Download (418kB)

ID Number

81277

Indexing

Statistic

Statistic details