Abstract
Pemulihan data adalah merupakan satu kaedah yang sering digunakan di dalam bidang forensik komputer bagi mendapatkan bukti jenayah yang telah dipadam dari kompuler, Proses pemulihan data yang telah dipadam boleh dilakukan kerana apabila fail dipadam dari komputer, ia sebenarnya bukan hilang dari cakera tetapi hanya penunjuk kepada fail tersebut yang dipadam dari Jadual Perletakan Fail (FAT), Jadual Utama Fail (MFT) atau skema lain yang digunakan oleh sistem pengoperasian, Ini membuktikan bahawa sesuatu fail yang telah dipadam dapat dipulihkan kembali dan proses pemulihan yang dilakukan memerlukan pemahaman yang mendalam mengenai kaedah bagaimana hendak memulihkan data tersebut. Sistem pemulihan data ini mempunyai kaedah atau proses yang tersendiri bagi memulihkan data yang dipadam, Di dalam sesuatu penyiasatan forensik, proses pemulihan data perlu jelas kerana ia akan digunakan sebagai salah satu cara pengumpulan bukti untuk dikemukakan kepada mahkamah. Justeru model proses pemulihan data perlu dijelaskan supaya ianya sah digunakan di dalam perbicaraan, Objektif kertas kerja ini adalah unluk membentangkan satu model yang dibangunkan dan proses proses terlibat bagi memulihkan data yang telah dipadam, Selain dari itu, kertas kerja ini akan menerangkan secara teknikal bagaimana sesuatu sistem pemulihan data beroperasi.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Razak, Abd Hadi ahadiar@uum.edu.my |
Subjects: | T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Telecommunication > Computer networks. General works. Traffic monitoring > Intrusion detection systems (Computer security). Computer network security. Hackers |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Proceedings Of The National Seminar On Science, Technology And Social Sciences |
Event Title: | Volume No. 1: Science and Technology |
Event Dates: | 30 – 31 May 2006 |
Page Range: | pp. 103-113 |
Keywords: | Sistem pemulihan data, forensik komputer, jenayah |
Date: | 2006 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81262 |