‘Awan Karpet’ di Bukit Senaling / Nur Jannah Azman

Azman, Nur Jannah (2023) ‘Awan Karpet’ di Bukit Senaling / Nur Jannah Azman. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Kuala Pilah yang terletak di tengah-tengah Negeri Sembilan merupakan daerah ketiga terbesar di Negeri Sembilan selepas Jempol dan Jelebu. Ia boleh dihubungi dari Seremban melalui Jalan Seremban-Kuala Pilah, dari Tampin melalui Jalan Air Mawang, Johol, dari Segamat melalui Bahau dan dari Simpang Pertang melalui Batu Kikir terus ke Pahang. Memandangkan banjaran Titiwangsa merentasi daerah Kuala Pilah, keadaan bentuk muka bumi di daerah ini keseluruhannya adalah kawasan tanah tinggi. 50 peratus kawasan tanah tinggi ini masih lagi diliputi oleh hutan. Kawasan-kawasan tanah tinggi terletak di sebelah utara, selatan dan barat daerah Kuala Pilah. Walaupun Bukit Senaling kurang dikenali berbanding Gunung Datuk dan Gunung Angsi, kedudukannya yang tidak berapa jauh dari pekan Kuala Pilah serta jauh dari kesibukan kota menjadikan Bukit Senaling lokasi yang amat sesuai bagi pengunjung yang gemarkan kawasan kampung dan hutan. Pemandangannya yang cantic dengan litupan awan karpet, laluan dakian yang mudah dan pendek juga menjadikan Bukit Senaling lokasi penggemar anak muda mengambil gambar sambil beriadah. Kedudukan Bukit Senaling yang tidak berapa jauh dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan membuatkan penulis berminat untuk meluangkan sedikit masa pada hujung minggu untuk berkunjung ke sini.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Azman, Nur Jannah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: Awan Karpet, Bukit Senaling, UiTM, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Date: June 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81206
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 81206.pdf] Text
81206.pdf

Download (1MB)

ID Number

81206

Indexing

Statistic

Statistic details