Abstract
Malaysia merupakan negara yang bertuah yang kaya dengan sumber semulajadi, makanan, budaya dan lain -lain ciri yang membolehkan negara ini dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Nations Educational and Scientific Organization (UNESCO). Antara destinasi yang diberikan pengikitirafan tersebut ialah Georgetown, iaitu pada tahun 2008 (Hamid et al., 2018). Keunikan senibinanya, kepelbagaian kaum, agama, budaya, dan makanan menjadikannya sebagai salah satu syurga makanan dunia. Sehubungan dengan itu, pada tahun 2016, George Town, Pulau Pinang telah disenaraikan oleh Los Angeles Times sebagai salah satu daripada “16 destinasi yang mesti yang dilawati (Reynolds, 2015). Selain daripada keindahan seni bina yang sarat dengan sejarah, ianya juga kaya dengan kepelbagaian makanan tradisi pelbagai kaum. Makanan tradisi masyarakat Malaysia dipengaruhi oleh Jawa, Minangkabau, Siam, Arab Cina dan India (Raji, 2017).
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Din, Norrina UNSPECIFIED Zainol, Noorliza UNSPECIFIED Razali, Mohamad Azli UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Makanan, Malaysia, asam laksa |
Date: | June 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81204 |