Perlukah adanya kesedaran mengenai pemuliharaan hutan / Muhammad Halim Razali

Razali, Muhammad Halim (2023) Perlukah adanya kesedaran mengenai pemuliharaan hutan / Muhammad Halim Razali. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Hutan ditakrifkan sebagai kawasan yang ditumbuhi pokok-pokok liar dan menjadi habitat semula jadi bagi hidupan liar. Hutan juga merupakan aset negara kita yang tiada nilai gantinya. Kedudukan Malaysia yang berada pada garisan khatulistiwa menjadikan negara ini sebagai rumah bagi hutan hujan tropika. Di dalamnya terdapat kawasan tanah pamah yang berketinggian kurang daripada 1000 meter. Kawasan hutan hujan tropika di negara kita mempunyai empat lapisan iaitu lapisan emergen atau atas, kanopi, tengah dan juga lapisan bawah. Lapisan ini menyimpan pelbagai keunikan alam flora dan fauna yang menarik. Sesetengah spesis yang dijumpai adalah endemik bagi hutan tersebut. Jadi, tidak hairanlah jika ada tangantangan manusia yang rakus untuk cuba memusnahkan kelestarian hutan kita. Hutan hujan tropika yang kita miliki ini antara yang tertua didunia dan haruslah dijaga dengan sebaik mungkin agar kita tidak menyesal di kemudian hari.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Razali, Muhammad Halim
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Consciousness. Cognition > Awareness
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: Pemuliharaan, hutan hujan tropika, Malaysia, hidupan liar
Date: June 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81201
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 81201.pdf] Text
81201.pdf

Download (1MB)

ID Number

81201

Indexing

Statistic

Statistic details