Abstract
Transkrip ini mengandungi wawancara sejarah lisan bersama Encik Awang Darus bin Awang Hamat iaitu seorang pegawai penjara di Pengkalan Chepa, Kelantan dan juga merupakan seorang aktivitis teater dan budaya Kelantan. Di dalam transkrip ini menceritakan tentang latar belakang beliau dan keluarga serba sedikit. Beliau merupakan seorang pemulihara kepada permainan tradisional Kelantan iaitu Ulik Banda dan telah terlibat sejak tahun 1987 sehingga sekarang. Permainan tradisional Ulik Banda ini mempunyai kisah tersendiri yang berhubung kait dengan keturunan Raja Jembal dan kehilangan Puteri Sa'adong, Pengalaman beliau sepanjang tempoh terlibat dalam permainan Ulik Banda ini turut dikisahkan dalam transkrip ini. Selain itu, beliau turut menceritakan mengenal permainan Ulik Banda ini dengan lebih mendalam lagi memandangkan permainan ini tidak diketahui umum malah masyarakat Kelantan sendiri tidak mengetahui mengenai permalanan ini yang kian pupus. Beliau menceritakan tentang latar belakang dan sejarah permaianan, komponen-komponen yang terdapat dalam permainan seperti peserta dan penonton yang terlibat dan juga cara permainan ini dijalankan. Di dalam transkrip ini juga, beliau turut memberikan cadangan dan harapan kepada generasi muda terutamanya untu memulihara permainan tradisional Kelantan ini iaitu Ulik Banda yang tidak diketajui umum dan semakin pupus ditelan zaman
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Musa, Siti Nurnadia 2013992877 Zakaria, Siti Zuleha 2013934493 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Chik, Nor Kamariah UNSPECIFIED Interviewee Awang Hamat, Awang Darus UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Dance > National dances. Folk dances and dancing N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Ulik Banda, pemulihara, cadangan, harapan and wawancara |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81199 |