Abstract
Transkrip ini mengandungi temubual bersama Encik Hussin bin Hassan mengenai kisah Masjid Kampung Laut yang menjadi salah satu Cerita Rakyat yang ada di Negeri Kelantan. Beliau adalah pengkisah yang telah menceritakan kisah Masjid Kampung Laut. Temubual ini telah dijalankan di anjung Masjid Kampung Laut yang kini terletak di Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan pada 21 April 2016 bermula jam 12:00 tengahari. Encik Hussin yang lebih mesra disapa dengan panggilan Pak Cik Hussin merupakan penyelia yang ditugaskan oleh pihak Muzium Negeri Kelantan untuk menjaga Masjid Kampung Laut di Nilam Puri. Masjid Kampung Laut adalah masjid yang tertua di negara ini dan mempunyai pelbagai kisah di sebaliknya. Transkrip ini menyentuh serba sedikit mengenai latar belakang pengkisah dan asal-usul Masjid Kampung Laut serta faktor perpindahannya ke Nilam Puri. Temubual ini juga banyak menekankan tentang senibina dan struktur Masjid Kampung Laut yang dikatakan unik kerana pembinaannya dikatakan tidak menggunakan sepucuk paku dan ianya menggunakan kaedah pasak untuk mengunci struktur kayu.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Zain, Aminnoor Manja 2013355917 Mohd Zahari, Muhmmad Zahril Yuhaiza 2013399961 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Chik, Nor Kamariah UNSPECIFIED Interviewee Hassan, Hussin UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history N Fine Arts > NA Architecture > Architectural decoration > Woodwork N Fine Arts > NA Architecture > Mosques > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Encik Hussin bin Hassan, Masjid Kampung Laut, cerita rakyat, Muzium Negeri Kelantan, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan and wawancara |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81147 |