Transkrip wawancara bersama Encik Abdul Mohee bin Hashim tokoh busana dan tatarias / Nor Shafiza Shahllan and Nur Jannah Khairuddin

Shahllan, Nor Shafiza and Khairuddin, Nur Jannah (2015) Transkrip wawancara bersama Encik Abdul Mohee bin Hashim tokoh busana dan tatarias / Nor Shafiza Shahllan and Nur Jannah Khairuddin. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Transkrip ini mengandungi temubual bersama Encik Mohee atau Mohii Bin Hashim mengenai penglibatan beliau dalam mengembangkan tarian zapin. Transkrip temubual ini dijalankan di rumah Encik Mohee di Kluang, Johor di mana tempat Encik Mohee tinggal pada 15 Mei 2015 bermula jam 3.00 petang. Beliau adalah salah seorang pengiat Zapin yang diberi gelaran tokoh busana dan tatarias oleh Persatuan Pengiat-pengiat Zapin Johor iaitu Pe-zapin. Transkrip ini menyentuh serba sedikit mengenai latar belakang dan juga penglibatan beliau serta pengalaman beliau dalam mengekalkan tarian zapin dan busana tatarias zapin yang semakin hilang ditelan zaman. Temubual ini lebih tertumpu kepada bidang penglibatan beliau sebagai seorang juri di pelbagai jenis pertandingan yang melibatkan zapin dan cabaran yang beliau hadapi sepanjang penglibatan beliau. Dalam usaha mengembangkan tarian zapin. Selain itu beliau juga memberi sedikit pandangan mengenai busana tatarias asal melayu Johor dan nilai yang perlu dipupuk pada generasi muda supaya terus mengembangkan dan memperkenalkan tarian zapin yang ada di Johor.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 81128.pdf]
Text
81128.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics