Abstract
Transkrip ini mengandungi temubual bersama Encik Mohee atau Mohii Bin Hashim mengenai penglibatan beliau dalam mengembangkan tarian zapin. Transkrip temubual ini dijalankan di rumah Encik Mohee di Kluang, Johor di mana tempat Encik Mohee tinggal pada 15 Mei 2015 bermula jam 3.00 petang. Beliau adalah salah seorang pengiat Zapin yang diberi gelaran tokoh busana dan tatarias oleh Persatuan Pengiat-pengiat Zapin Johor iaitu Pe-zapin Transkrip ini menyentuh serba sedikit mengenai latar belakang dan juga penglibatan beliau serta pengalaman beliau dalam mengekalkan tarian zapin dan busana tatarias zapin yang semakin hilang ditelan zaman. Temubual ini lebih tertumpu kepada bidang penglibatan beliau sebagai seorang juri di pelbagai jenis pertandingan yang melibatkan zapin dan cabaran yang beliau hadapi sepanjang penglibatan beliau. Dalam usaha mengembangkan tarian zapin. Selain itu beliau juga memberi sedikit pandangan mengenai busana tatarias asal melayu Johor dan nilai yang perlu dipupuk pada generasi muda supaya terus mengembangkan dan memperkenalkan tarian zapin yang ada di Johor.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Shahllan, Nor Shafiza 2012942715 Khairuddin, Nur Jannah 2012143417 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abdullah, Nurulannisa UNSPECIFIED Interviewee Hashim, Abdul Mohee UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history N Fine Arts > N Visual arts (General) > General works > General special > Popular culture N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Textile arts and art needlework |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Encik Mohee, busana dan tatarias, zapin and wawancara |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81128 |