Impian topi bulat / Siti Norazura Jamal

Jamal, Siti Norazura (2023) Impian topi bulat / Siti Norazura Jamal. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Jom aku nak cerita sedikit perjalanan aku dalam usaha mendapatkan PhD pada usia sebelum menjangkau usia 40 tahun. Insyaallah! Impian… Kenyataan… Aku pernah letak satu azam ketika mula-mula masuk bekerja di UiTM ini dahulu dalam tahun 2013, yang aku akan sambung PhD hanya setelah beberapa tahun aku berkhidmat di sini. Tapi apakan daya, Allah itu benar sebaik-baik perancang, bukan? Pada tahun 2018, aku lihat ramai kawan-kawan yang sudah pergi menyambung pengajian PhD mereka. Mulalah aku terfikir-fikir, masa aku bila pula? Jadi, aku pun mula membuat pencarian menggunakan enjin carian Google tentang apa yang aku rasa berkaitan. Hati masih berbisik-bisik, “Bolehkah aku? Macam susah aje, sudahlah aku ini lama juga tidak menjadi pelajar.” Lantas aku terus mendapatkan insan yang memang sentiasa menenangkan dan butir katanya selalu memberi aku ilham untuk membuat sebarang keputusan, Encik Suami tersayang. “Bolehkah saya meneruskan niat sambung belajar ini? Mampukah saya?”

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jamal, Siti Norazura
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: Impian, topi bulat, PhD, UiTM
Date: June 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81092
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 81092.pdf] Text
81092.pdf

Download (1MB)

ID Number

81092

Indexing

Statistic

Statistic details