Abstract
Bagi membolehkan tumbuhan berkembang secara produktif dan mampu menghasilkan makanan yang mencukupi sebagai sumber utama populasi di duna ini, pengunaan baja bukan organik ke atas tanaman dan tumbuhan adalah penting. Tanpa baja tersebut, tanaman tidak akan dapat tumbuh ke skala yang diperlukan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, adakah anda menyedari bahawa penggunaan baja bukan organic yang berlebihan dan berpanjangan boleh menyebabkan beberapa masalah utama yang akan memberi kesan kepada kedua-dua generasi semasa dan masa depan? Kejadian ini termasuk berlakunya peningkatan pelepasan gas rumah hijau, pencemaran tanah, air dan udara serta kemusnahan tanah dan penipisan tanah. Hal ini turut menimbulkan bahaya kepada manusia, haiwan dan mikroorganisma lain selain daripada persekitaran. Menurut kajian yang telah dibuat oleh Kumari (2014), penggunaan racun serangga dan baja bukan organik dalam tempoh masa yang lama tidak baik untuk kesihatan haiwan serta manusia.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Salasanor, Fatin Norzulaikha UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Racun serangga, baja bukan organic, gas rumah hijau, makanan |
Date: | June 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81035 |