Pengaruh alam sekitar dan pengurusannya di tapak bina / Asyraf Abdul Halim

Abdul Halim, Asyraf (2010) Pengaruh alam sekitar dan pengurusannya di tapak bina / Asyraf Abdul Halim. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai segala masalah yang dihadapi dalam pembinaan bangunan. Ia dihasilkan berpandukan kepada pengalaman yang telah dilalui selama enam bulan ditempatkan di tapak projek pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan tajuk laporan dan diikuti dengan latarbelakang syarikat dan latarbelakang projek pembinaan. Syarikat ini seratus peratus berstatus bumiputera. Hasil pemerhatian didapati proses pembinaan tidaklah begitu mudah kerana banyak masalah daripada kesan alam sekitar dan cara pengurusannya ke atas projek yang dijalankan oleh syarikat tersebut. Di dalam laporan ini diterangkan secara ringkas mengenai kajian teoritikal yang meliputi faktor-faktor alam sekitar, kesan dan pengurusannya. Kemudian diterangkan dengan lebih mendalam mengenai pengaruh alam sekitar dan masalah dalam menguruskannya di tapak bina. Semasa proses pembinaan sedang dijalankan, beberapa masalah berkaitan alam sekitar dan masalah untuk menguruskannya dikenalpasti dan laporan ini disudahi dengan cadangan yang dirasakan dapat menyelesaikan masalah yang dikenalpasti. Sebagai kesimpulannya, diharap agar laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci kepada para pembaca mengenai pengaruh alam sekitar dan pengurusan di tapak bina ke atas pembinaan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 81013.pdf]
Text
81013.pdf
Download (30MB)
Indexing & Metrics