Abstract
Laporan ini menerangkan tentang kaedah pembinaan asas jenis cerucuk gerek. Hasil penulisan ini adalah berdasarkan pengalaman dan kajian penulis sepanjang menjalani latihan industri selama enam bulan dengan syarikat Putra Perdana Construction Sdn. Bhd. Tujuan utama kajian ini disediakan adalah untuk mengenal pasta kaedah pengorekan yang digunakan untuk pembinaan asas cerucuk gerek. Kajian ini telah dijalankan di tapak projek pembinaan bangunan pejabat komersial di atas Lot 2C2, Presint 2 Putrajaya. Kajian ini dibuat berpandukan kepada dua kaedah iaitu kaedah primer seperti rujukan buku dan media eletronik serta kaedah sekunder iaitu melalui pemerhatian, pengalaman dan hasil temubual. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah pembinaan asas jenis cerucuk gerek yang digunapakai bagi projek pejabat komersial di Lot 2C2, Presint 2 Putrajaya adalah sedikit berbeza daripada kaedah tipikal. Penambahan methodologi baru iaitu penebukan lubang (coring slab) telah dibuat bagi memastikan kelancaran kerja. Namun, terdapat peralatan yang tidak digunakan, contohnya 'belling tools'. Secara keseluruhannya, kaedah pembinaan cerucuk gerek yang digunakan di Lot 2C2 mendapat penambahan tatakerja untuk disesuaikan dengan keadaan semasa tapak. Pun begitu, terdapat pengurangan peralatan yang digunakan setelah mengambil kira kondisi tanah di kawasan tersebut. Diharapkan, laporan ini sedikit sebanyak dapat memberikan informasi dan menjadi rujukan berguna kepada pembaca.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Amir Hamzah 2008213626 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Jamil, Siti Jamiah Tun UNSPECIFIED Thesis advisor Ramli, Mohd Haiqal UNSPECIFIED Thesis advisor Mat Hasan, Hasni Suryani UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Building fittings and their installation |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | cerucuk gerek, pembinaan asas, tapak projek pembinaan |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80966 |