Abstract
Transkrip ini mengandungi temubual bersama Encik Siri Neng Buah, Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup mengenai sejarah dan rentetan peristiwa-peristiwa di Kota Kubang Labu. Temubual ini dijalankan di kediaman beliau di Kg Kok Seraya, Tumpat, Kelantan pada 21 April 2016 bermula pada jam 12.30 tengahari. Encik Siri Neng Buah yang lebih mesra dipanggil Pak Siri menceritakan tentang sejarah dan rentetan peristiwa-peristiwa yang berlaku di Kota Kubang Labu. Kota Kubang Labu merupakan Ibu Negeri Kelantan Barat sebelum Kota Bharu yang wujud sekarang. Asal usul Kota Kubang Labu ialah ekoran tindak tanduk Raja Perempuan Patani yang telah membahagi duakan Kelantan menjadi Kelantan Barat dan Kelantan Timur. Sempadan antara Kelantan Timur dan Kelantan Barat ialah Sungai Kelantan. Terdapat banyak rentetan peristiwa yang berlaku di Kota Kubang Labu sejak wujudnya kota tersebut termasuklah peperangan dan cerita rakyat. Transkrip ini menyingkap dan merumuskan serba sedikit tentang asal usul disebalik nama Kota Kubang Labu. Secara keseluruhan sesi temubual ini lebih menumpukan kepada rentetan peristiwa-peristiwa yang berlaku di Kota Kubang Labu. Selain berkongsi cerita berkenaan Kota Kubang Labu, Pak Siri turut menceritakan tentang latar belakang serta kerjaya beliau. Beliau juga turut memberikan pendapat dan cadangan serta nasihat kepada generasi muda hari ini dan juga generasi yang akan datang supaya tidak memandang enteng akan sejarah-sejarah yang telah berlaku agar menjadi pedoman dimasa hadapan.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Nik Zain, Nik Nursyahirah 2013515401 Mohammed @ Abdullah, Norsolehah 2013195343 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Chik, Nor Kamariah UNSPECIFIED Interviewee Buah, Siri Neng UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > Kelantan (Malaysia) L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Siri Neng Buah, tokoh warisan kebangsaan orang hidup, Kota Kubang Labu, Kelantan Timur, Kelantan Barat, Long Muhammad, Long Yunus, Raja Legih, kain cindai and wawancara |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80774 |