Abstract
Temubual ini dilakukan bersama seorang komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman Malaysia yang terkenal iaitu Fauzi Marzuki untuk mengetahui tentang perkhidmatan beliau dalam kerjayanya sebagai seorang komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman di Malaysia. Temubual ini telah dijalankan melalui platform Google Meet. Tarikh temubual tersebut adalah pada 25 Jun 2022 bermula pada jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang. Fauzi Marzuki dilahirkan pada 21 September 1955 di Kampung Tawas, Ipoh, Perak. Beliau merupakan pemain gitar bagi kumpulan dari Malaysia, Discovery. Fauzi Marzuki mula bekerja sebagai seorang pemain gitar sekitar tahun 1975-1978. Selain itu, beliau telah bekerja sebagai pembantu studio di sebuah studio analog di Kuala Lumpur pada tahun 1980 hingga 1982. Semasa fasa tersebut, Fauzi menggubah dan menghasilkan lagu-lagu untuk pelbagai penyanyi terkenal Malaysia seperti Sharifah Aini, Sudirman, Anita Sarawak, Sheila Majid dan banyak lagi. Seterusnya, beliau telah memenangi 5 anugerah gubahan lagu di pertandingan televisyen Malaysia seperti Juara Lagu dan Pujaan 10 Nescafe pada tahun 1992, beliau menerima Anugerah Nadi Cipta daripada Badan Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP) pada tahun 2005 dan beliau menerima Anugerah Wirama di Anugerah Industri Muzik pada tahun 2008. Anugerah itu diberi atas sumbangan beliau dalam industri musik Malaysia. Melalui temubual ini, kami dapat mengetahui banyak perkara tentang beliau seperti latar belakang, kerjaya, cabaran telah dihadapi oleh beliau dalam kerjayanya sebagai seorang komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman di Malaysia dan lain-lain lagi. Sejarah kehidupan dan kerjaya beliau dapat dijadikan sumber inspirasi kepada semua orang.
Metadata
Item Type: | Monograph (Oral History Report) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Che Rahim, Hibatin Wafirah 2021393285 Norizan, Nur Hayatun Shahida 2021196639 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abdullah, Nurulannisa UNSPECIFIED Interviewee Marzuki, Fauzi UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education N Fine Arts > NX Arts in general > Study and teaching. Research > Audiovisual materials. Including films on the arts, filmstrips, sound recordings, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Anugerah, Discovery, Komposer, Rakaman, Temu bual and wawancara |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80636 |