Abstract
Transkrip ini menerangkan tentang perjalanan anak seni yang merupakan seorang pelakon, penyanyi dan juga usahawan wanita kelahiran negeri Kelantan iaitu Kuna Muzani. Beliau juga merupakan seorang ahli kerabat diraja dari negeri tersebut. Anak seni kelahiran tahun 1971 ini telah menceburi bidang lakonan semasa beliau masih berusia 12 tahun dan mula bergiat aktif dalam bidang tersebut sekitar tahun 1990an. Filem pertama dibintangi beliau ialah 'Oh Fatimah' dan memegang watak sebagai 'Gee'. bersama-sama A.R. Badul, Raja Noor Baizura, Wak Sir, Allahyarham M Rajoli dan ramai lagi. Pada waktu itu beliau baru berusia 19 tahun. Selain itu, beliau juga memiliki sebuah restoran yang ditubuhkan sekitar tahun 2004 di Kuala Lumpur. Temubual ini dijalankan di restoran beliau sendiri pada jam 3 petang. Walau bagaimanapun, bakat serta kebolehan yang ada pada beliau ini boleh dipelajari oleh anak muda masa kini. Transkrip ini juga menerangkan mengenai latar belakang beliau serta serba sedikit maklumat lain tentang diri beliau. Kajian ini juga dijalankan bagi mengungkap segala kerjaya beliau semasa bergelar anak seni dan juga sebagai usahawan wanita. Oleh itu, segala maklumat tentang beliau telah didokumentasikan di dalam projek lisan ini agar dapat memberi inspirasi kepada anak muda di luar sana.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Rosli, Nurul Izzah 2019805062 Mohd Azhari, Nurul Atiqah 2019804996 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Chik, Nor Kamariah UNSPECIFIED Interviewee Y.M Tengku Mohd Muzani, Y.M Tengku Sarina UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Kuna Muzani, Kelantan, anak seni, pelakon, filem |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80600 |