Abstract
Temubual ini dilakukan bersama dengan Puan Azizah binti Adam yang merupakan seorang tokoh seni kraf tekat benang emas dari negeri Perak Darul Ridzuan. Sesi temubual ini dijalankan untuk mengetahui tentang latar belakang perjalanan hidup dan pengalaman Puan Azizah binti Adam dalam kerjayanya sebagai seorang penekat benang emas. Temubual ini telah dijalankan secara atas talian di platform Google Meet pada 21 Januari 2023 sekitar pukul 10 pagi. Minat beliau yang mendalam terhadap seni kraf tangan tekat benang warisan negara ini telah membantunya menjana pendapatan. Puan Azizah binti Adam mula menceburi bidang seni tekat ini sejak tahun 1979 sehingga berjaya menubuhkan bengkel dan perniagaannya sendiri. Kehalusan sulaman seni tekat benang Azizah Adam yang hebat telah berjaya membawanya terbang sehingga ke /uar negara. Kesabaran dan kesungguhan beliau dalam memajukan bidang seni kraf ini memberinya banyak kenangan manis dan pahit buat dirinya. Berpuluh tahun sudah berlalu, jiwa dan cinta Puan Azizah binti Adam terhadap dunia seni kraf masih tidak pudar dan sedia untuk meneruskan cintanya dalam warisan seni kraf ini seiring dengan peredaran zaman.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Malik, Nur Aimi Atirah 2020872672 Mohd Zaini, Siti Ubaidah 2020862702 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abdullah, Nurulannisa UNSPECIFIED Interviewee Adam, Azizah UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education N Fine Arts > NB Sculpture > Special forms T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > Clothing manufacture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Azizah Adam, tokoh, seni kraf, tekat benang, minat |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80597 |