Abstract
Transkrip ini mengisahkan tentang temubual yang berlangsung di antara dua orang pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan bersama tokoh seniman veteran Malaysia iaitu Puan Ku Fridah. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pengalaman seniman veteran dalam kerjaya lakonan dan mengenal pasti kredibiliti seseorang penggiat seni hiburan. Kajian ini memberi penekanan terhadap kerjaya seni yang agak terkenal di Malaysia iaitu seni hiburan bidang lakonan. Tokoh yang dipilih untuk temubual ini adalah seseorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini. Beliau merupakan seorang artis yang amat memberi inspirasi kepada masyarakat terutama kepada artis-artis baru asbab dari usaha dan kejayaan beliau. Kaedah sejarah lisan secara atas talian digunakan bagi mendapatkan maklumat daripada tokoh tersebut. Perkongsian dari tokoh tersebut adalah berdasarkan soalan-soalan yang diajukan oleh penemubual iaitu berkaitan latar belakang, pengalaman dan pendapat. Oleh kerana itu, kajian ini memberi pendedahan yang besar kepada masyarakat umum berkaitan kebolehpercayaan terhadap penggiat seni hiburan dan juga agensi dan organisasi lain akan lebih memahami dengan cara menilai seorang seniman untuk tujuan kolaborasi.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zainuddin, Nurain Solehah 2009130719 Mohd Nasir, Nurasyura Jasmine 2009125865 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Chik, Nor Kamariah UNSPECIFIED Interviewee Ku Shafie, Ku Fridah UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Ku Fridah, Seni hiburan, Kredibiliti Artis, Seniman veteran, Inspirasi |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80596 |