Abstract
Temubual ini dilakukan bersama Ismail Mohamed atau lebih dikenali dengan panggilan "Abang Nor" untuk mengetahui kepakaran beliau dalam seni membuat gasing piring. Temubual ini telah dijalankan menggunakan platform video whatsapp. Tarikh temubual tersebut adalah pada 24 Jun 2021 bermula pada jam 2.30 petang hingga 3.45 petang. Ismail Mohamed adalah bekas pegawai di sebuah syarikat telekomunikasi di Kota Bharu dan mula terlibat dalam pembuatan gasing piring sehingga beliau sudah menghasilkan lebih 5,000 buah gasing piring. Beliau menjadikan seni membuat gasing sebagai kerjaya utamanya bermula pada 1984 apabila ayahnya juga seorang pembuat gasing meninggal dunia. Oleh itu, beliau tekad berhenti kerja sebagai pegawai di sebuah syarikat telekomunikasi di Kota Bharu demi menyambung legasi atau faktor keturunan keluarganya. Encik Ismail juga turut menerima jemputan untuk menyertai pelbagai pertandingan di seluruh negara dan beliau juga pernah mengadakan pertunjukan bermain gasing piring di London. Pelbagai ujian dan cabaran yang telah dihadapi oleh Ismail Mohamed dalam proses menyambung gasing piring di udara kerana ia sangat memerlukan kemahiran dan fokus oleh pemain yang mahir. Diharapkan temubual ini dapat menambah pengetahuan kepada semua orang mengenai seni tradisional dalam pembuatan gasing piring.
Metadata
Item Type: | Monograph (Oral History Report) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Muhmmad Zin, Fatin Akma 2019853662 Md Azmi, Nur Ayuni 2020557007 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abdullah, Nurulannisa UNSPECIFIED Interviewee Mohamed, Ismail UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Games and amusements L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Gasing, kepakaran, video whatsaoo, syarikat, legasi and wawancara |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80594 |