Abstract
Temuramah ini dijalankan antara kami dan Encik Nazmizan bin Muhammad. Beliau adalah merupakan seorang tokoh dałam sukan olahraga negara. Wawancara ini telah dijalankan di rumah beliau di Kangar, Perlis. Sesi temuramah ini telah dibuat pada 21 April 2013 iaitu pada pukul 11.35 pagi sehingga pukul 12.45 tengahari. Temuramah ini berkisarkan fentang latar belakang dan pengalaman beliau yang telah lama berkecimpung dałam sukan olahraga seawal umur 9 tahun lagi sehingga beliau telah dianugerahkan Darjah Yang Ke 5 Daripada Darjah Kebesaran Yang Mulia Pangkuan Negara iaitu Ahli Mangku Negara. (A.M.N) atas jasa beliau kepada negara dałam sukan pecut. Temuramah ini telah banyak merungkaikan pengalaman beliau dałam sejarah penglibatan dan pengalaman beliau dałam bidang sukan pecuí sehingga berjaya mengharumkan nama negara di Sukan SEA ke 22 di Hanoi, Vietnam pada tahun 2003. Wawancara ini banyak merungkaikan maklumat tentang penglibatan awal dan pengalaman beliau. Sekarang beliau telah bersara dałam bidang ini tetapi beliau masih lagi melibaíkan diri dalam program-program mencari bakat baru dałam sukan olahraga.
Metadata
| Item Type: | Oral History |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ariffin, Farisa Azira UNSPECIFIED Tarmizi, Mohammad Hafiz UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Salleh, Mohd Idzwan UNSPECIFIED Interviewee Muhammad, Nazmizan UNSPECIFIED |
| Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Sports > Athletic contests. Sports events L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
| Keywords: | Nazmizan bin Muhammad, Sukan SEA 2003, Olahraga, Sukan pecut and wawancara |
| Date: | 2013 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80587 |
