Abstract
Projek ini mengenai cerita dongeng ataupun cerita rakyat di negeri Kelantan iaitu Awang Si Jambul Lebat yang lebih dikenali sebagai Awang Selamat. Transkrip ini menerangkan tentang butiran peribadi dan sedikit latar belakang mengenai seorang tokoh yang telah ditemuramah iaitu Encik Siri Neng Buah. Encik Siri Neng Buah sangat terkenal di Kelantan kerana beliau sangat arif tentang kesenian dan warisan di negeri Kelantan dan beliau telah diiktiraf sebagai Tokoh Orang Hidup di Malaysia. Seterusnya, transkrip ini menerangkan tentang latar belakang Awang Selamat, tentang kewujudannya di negeri Kelantan, adakah cerita Awang Selamat hanya sekadar mitos rakyat di Kelantan dan sebagainya. Selain itu, transkrip ini juga menceritakan tentang Puteri Saadong yang berkait rapat dengan kehidupan Awang Selamat. Seterusnya,menerangkan juga kesan-kesan sejarah yang telah ditinggalkan oleh Awang Selamat. Encik Siri Neng Buah juga berkongsi pendapat dan nasihat untuk generasi akan datang tentang kepentingan cerita-cerita rakyat yang banyak memberi kata-kata nasihat dan boleh dijadikan teladan dalam kehidupan.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Shukri, Nur Izzati 2014338341 Rusli, Nur Hanani 2014135589 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Othman, Noor Kamariah UNSPECIFIED Interviewee Buah, Siri Neng UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > Kelantan (Malaysia) L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Awang Si Jendul Lebat, Awang Selamat, Siri Neng Buah |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80583 |