Abstract
Temubual ini adalah antara pelajar dan tokoh iaitu Encik Mohd Azizi Bin Zainuddin mengenai latar belakang beliau dan sejarah bangunan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK). Beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan sehingga sekarang. Beliau bekerja di PPAK sudah hampir tujuh (7) tahun. Projek pendokumentasian sejarah lisan ini dijalankan di pejabat beliau di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan pada 28 April 2019. Pendokumentasian sejarah lisan ini menyentuh serba sedikit mengenai latar belakang beliau, pekerjaan awal hingga kini dan sejarah pendidikan. Selain itu, beliau turut berkongsi cerita mengenai sejarah bangunan PPAK. Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) bermula dengan nama Perpustakaan Umum Carnegie yang ditubuhkan pada tahun 1938 hasil bantuan sebanyak 1,000.00 pound sterling dari Yayasan Carnegie di New York dan RM 2,500.00 dari Kerajaan Negeri. Bangunannya terletak di Jalan Doktor, Kota Bharu. Beliau berharap agar PPAK akan dapat dikenali ramai dan berjaya melahirkan sebuah masyarakat yang cintakan ilmu pengetahuan kerana bangsa yang cintakan ilmu bangsa yang membaca itulah bangsa yang berjaya.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Bakri, Allyssa Athira 2017735767 Ab Aziz, Nurul Rasyiqah 2017195611 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abdullah, Nurulannisa UNSPECIFIED Interviewee Zainuddin, Mohd Azizi UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Personnel. Librarians |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan, Encik Mohd Azizi, latar belakang, sejarah, bangunan, tokoh and wawancara |
Date: | 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80581 |