Abstract
Rakaman ini adalah temubual bersama dengan tokoh dalam bidang Dikir Laba iaitu Encik Mohamed@ Mad Bin Awang atau lebih mesra dengan panggilan Pak Mat. Rakaman ini telah dirakam di tempat beliau iaitu di Kampung Periuk, Chabang Empat Tumpat, Kelantan pada 23 April tahun 2016. Rakaman ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan Dikir Laba daripada Encik Mohamed @ Mad Bin Awan dan juga latarbelakang tentang pencerita itu sendiri iaitu Pak Mat. Sepanjang rakaman ini dilakukan, Encik Mohamed @Mad Bin Awang telah menceritakan serba sedikit tentang latar belakangnya, asal usul Dikir Laba, tentang lagu Dikir Laba, tentang ahli Kumpulan Dikir Laba, Bagaimana latihan Dikir Laba dijalankan, perbezaan Dikir Laba dengan Dikir Barat, kenapa Dikir Laba diancam kepupusan serta soalan- soalan yang lain yang kami ajukan kepada Pak Mat sepanjang rakaman ini berlangsung. Rakaman ini mengambil masa lebih kurang dua jam lima puluh lima minit untuk disiapkan dan sepanjang tempoh tersebut, Encik Mohamed @Mad Bin Awang telah memberikan sepenuh perhatian dan kerjasama bagi menjayakan rakaman ini.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ghazali, Ahmad Fathi 2014954749 Ali, Mohd Fazil 2014127345 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Chik, Nor Kamariah UNSPECIFIED Interviewee Awang, Mohamed@ Mad UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Dikir Laba, Pak Mat and wawancara |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80561 |