Transkrip wawancara bersama Ebby Saifullah bin Ali pelakon, pengarah, komposer, penyanyi dan pemuzik / Muhammad Fahmi Azlizam and Nurul Syazwani Sohaimi

Azlizam, Muhammad Fahmi and Sohaimi, Nurul Syazwani (2022) Transkrip wawancara bersama Ebby Saifullah bin Ali pelakon, pengarah, komposer, penyanyi dan pemuzik / Muhammad Fahmi Azlizam and Nurul Syazwani Sohaimi. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Temubual ini dilakukan bersama Encik Ebby Saifullah Ali untuk mengetahui tentang perkhidmatan beliau dalam kerjayanya sebagai salah satu anak seni di Malaysia. Temubual ini telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Google Meet. Tarikh temubual tersebut adalah pada 24.06.2022 bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari Encik Ebby Saifullah Ali atau lebih dikenali sebagai Ebby Saiful merupakan seorang pelakon, penyanyi, komposer, pemuzik dan pengarah drama TV yang popular pada era 1980an. Beliau lahir dalam keluarga yang berdarah seni. Beliau merupakan anak kepada komposer Ali Ahmad dan aktres Norsiah Yem. Beliau juga merupakan cucu kepada aktres Minah Yem. Beliau memulakan kariernya sebagai pelakon ketika berusia sembilan tahun dalam filem Asmara Kirana yang diterbitkan pada 1968. Beliau menubuhkan kumpulan The Beez pada usia 19 tahun dan banyak mencipta lagu untuk filem dan drama. Beliau menjinakkan diri dalam bidang pengarahan sebagai penolong pengarah bagi Sumpahan Mahsuri pada tahun 1989. Pelbagai ujian dan cabaran telah dilalui oleh Encik Ebby Saiful sepanjang perjalanan kariernya sebagai anak seni di Malaysia. Sejarah kehidupan, kerjaya dan pencapaian beliau dapat dijadikan sumber inspirasi terutama kepada anak muda yang ingin menjejakkan kaki di dalam bidang seni sepertinya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 80560.pdf]
Text
80560.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics