Abstract
Temubual ini dilakukan bersama Encik Ebby Saifullah Ali untuk mengetahui tentang perkhidmatan beliau dalam kerjayanya sebagai salah satu anak seni di Malaysia. Temubual ini telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Google Meet. Tarikh temubual tersebut adalah pada 24.06.2022 bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari Encik Ebby Saifullah Ali atau lebih dikenali sebagai Ebby Saiful merupakan seorang pelakon, penyanyi, komposer, pemuzik dan pengarah drama TV yang popular pada era 1980an. Beliau lahir dalam keluarga yang berdarah seni. Beliau merupakan anak kepada komposer Ali Ahmad dan aktres Norsiah Yem. Beliau juga merupakan cucu kepada aktres Minah Yem. Beliau memulakan kariernya sebagai pelakon ketika berusia sembilan tahun dalam filem Asmara Kirana yang diterbitkan pada 1968. Beliau menubuhkan kumpulan The Beez pada usia 19 tahun dan banyak mencipta lagu untuk filem dan drama. Beliau menjinakkan diri dalam bidang pengarahan sebagai penolong pengarah bagi Sumpahan Mahsuri pada tahun 1989. Pelbagai ujian dan cabaran telah dilalui oleh Encik Ebby Saiful sepanjang perjalanan kariernya sebagai anak seni di Malaysia. Sejarah kehidupan, kerjaya dan pencapaian beliau dapat dijadikan sumber inspirasi terutama kepada anak muda yang ingin menjejakkan kaki di dalam bidang seni sepertinya.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Azlizam, Muhammad Fahmi 2021730765 Sohaimi, Nurul Syazwani 2021110347 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abdullah, Nurulannisa UNSPECIFIED Interviewee Ali, Ebby Saifullah UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education N Fine Arts > NX Arts in general > Study and teaching. Research > Audiovisual materials. Including films on the arts, filmstrips, sound recordings, etc. N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Pelakon, pemuzik, artis, industri, komposer and wawancara |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80560 |