Kaedah pembinaan sistem pasang siap di Universiti Malaysia Kelantan (UMT), Kampus Jeli / Dzul Hazwan Malizen

Malizen, Dzul Hazwan (2010) Kaedah pembinaan sistem pasang siap di Universiti Malaysia Kelantan (UMT), Kampus Jeli / Dzul Hazwan Malizen. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)

Abstract

Secara umumnya 18S boleh didefinisi sebagai salah satu sistem pembinaan yang melibatkan komponen-komponen dituang di kilang atau di tapak bina, dan kemudian dihantar dan disambung menjadi struktur dengan mengurangkan aktiviti kerja di tapak bina. Tahap penggunaan 18S di Malaysia masih rendah berbanding dengan sistem tradisional dan konvensional mungkin disebabkan oleh gaji murah daripada buruh asing walaupun 18S jauh lebih baik daripada segi kepantasan menyiapkan projek, berkualiti dan mesra alam. 18S juga berfungsi sebagai suatu kaedah pembinaan yang berintergriti. Didalam laporan ini diterangkan secara ringkas mengenai kajian teoritikal yang meliputi komponen dan bahan dalam pembinaan sistem pasang siap yang juga merupakan salah satu IBS dan juga diterangkan kaedah pembinaannya. Didalam laporan ini juga diterangkan beberapa objektif yang diambil kira iaitu mengenalpasti faktor-faktor utama dalam pemilihan struktur pasang siap untuk pembinaan bangunan, mengenalpasti jenis-jenis sistem pasang siap pada pembinaan bangunan dan mengenalpasti kaedah pembinaan struktur sistem pasang siap untuk pembinaan bangunan. Semasa proses pembinaan sedang giat dijalankan, beberapa masalah yang berkaitan dengan pembinaan system ini telah dikenalpasti dan laporan ini disudahi dengan beberapa cadangan yang dirasakan dapat menyelesaikan masalah yang telah dikenalpasti tersebut. Sebagai kesimpulannya, diharapkan agar laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci kepada para pembaca mengenai kaedah yang terlibat didalam pembinaan sistem pasang siap secara praktikal.

Metadata

Item Type: Monograph (Industrial Training)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Malizen, Dzul Hazwan
2008213856
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Jamil, Siti Jamiah Tun
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Ramli, Mohd Haiqal
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Ibrahim, Azira
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Systems of building construction. Industrialized building
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Kaedah pembinaan sistem pasang siap, Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Date: 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80489
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 80489.pdf] Text
80489.pdf

Download (31MB)

ID Number

80489

Indexing

Statistic

Statistic details