Abstract
Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan latar belakang syarikat dan latar belakang projek pembinaan. TSP Numumwah Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang terlibat secara langsung bagi projek ini. Penglibatan TSP Numumwah Sdn. Bhd. di dalam pembinaan semenjak tahun 1985 lagi sebagai kontraktor pembinaan kelas 'D' dengan nama TSP Cahaya. Syarikat ini telah menubuhkan syarikat Sdn. Bhd. Untuk mendaftar kontraktor kelas 'A'. Kos projek ini bernilai RM 6,711,840.00. Tarikh milik tapak ialah pada 10 Ogos 2009 dan dijangka siap pada 28 November 2010. Hasil pemerhatian penulis mendapati bahan-bahan seperti konkrit, batu-bata, batu-baur, kayukayan, besi tetulang dan mortar. Pembaziran bahan-bahan binaan ini kebanyakan disebabkan sikap pekerja yang tidak bertanggungjawab dalam penggunaan bahan binaan. Selain itu, antara kesan-kesan lain ialah seperti sistem pengurusan kurang teratur, aktiviti jenayah, tempat penyimpanan bahan yang kurang sesuai dan lebihan stok. Namun demikian, untuk mengatasi masalah ini pelbagai langkah diambil oleh pihak kontraktor seperti memantau aktiviti kerja dan menghadkan kemasukan pekerja tidak mahir.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Che Ismail, Muhammad Faiz 2007105537 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Wan Mohammad, Wan Nur Syazwani UNSPECIFIED Thesis advisor Ramli, Mohd Haiqal UNSPECIFIED Thesis advisor Husin, Azamuddin UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Management of the construction site. Superintendence of building construction |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | pembaziran bahan binaan, sistem pengurusan, kontraktor |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80480 |