Abstract
Kekurangan Penglihatan Warna (KPW) adalah keadaan genetik yang paling lazim, mempengaruhi satu daripada 20 lelaki dan satu daripada 200 perempuan. Jurugambar fotografi digital menerima impak yang besar akibat daripada kekurangan ini. Individu yang menghidap KPW tidak dapat menghayati karya seni kerana mereka mengalami kekeliruan terhadap warnanya. Hasilnya, penyelidik menjalankan kajian dalam mencipta kerangka kerja yang berkesan untuk lebih mengklasifikasikan keadaan penglihatan jurugambar KPW dengan menggunakan kaedah berasaskan RSk (Rona, Saturasi, Kecerahan), pelarasan kontor, dan proses interpretasi ke dalam fotografi. Kesan perbezaan karya fotografer normal dan KPW dan dilihat dari aspek keaslian warna, ketekalan warna dan kontras warna. Teknik kaedah yang diimplementasikan di dalam kajian ini adalah kaedah eksperimen di mana persampelan dipilih bertujuan oleh pengkaji. Sampel mematuhi syarat yang ditetapkan dan mempunyai teknik dan kemahiran yang sama. Terdapat 40 orang responden (n=40), dimana sampel kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan rawatan dengan 20 orang responden (n=20) untuk setiap kumpulan, dan mereka dinilai dengan soalan dan imej yang sama. Sampel kawalan diuji menggunakan gambar normal dan mempunyai arahan yang lengkap, manakala sampel rawatan diuji dengan gambar KPW dan kekurangan arahan. Antara soalan yang terdapat dalam soalan adalah kaedah berasaskan RSk (Rona, Saturasi, Kecerahan), peningkatan kontor dan proses tafsiran. Penemuan penyelidikan mampu membantu jurugambar KPW untuk mencapai persepsi warna yang lebih tepat.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Rahman, Muhammad Azri muhammadazray17@gmail.com Mohd Sharif, Nadzri nadzri@uitm.edu.my |
Subjects: | N Fine Arts > NX Arts in general > Study and teaching. Research > Audiovisual materials. Including films on the arts, filmstrips, sound recordings, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design |
Journal or Publication Title: | International Journal of Art and Design (IJAD) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > International Journal of Art and Design (IJAD) |
ISSN: | 2710-5776 |
Volume: | 7 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 86-102 |
Keywords: | Rabun warna; Kaedah eksperimen; Penglihatan warna; Jurugambar kekurangan penglihatan warna; Kerangka konstruktif perbandingan |
Date: | May 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80347 |